Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

 

 

 

 

 

Ingin kuluahkan
Segugus perasaan yang terpendam
Andai engkau tiada….
Aku ibarat pantai yang pilu
Meratapi pemerigian ombak
Aku umpama…
Buih-buih mimpi bertaburan
Hamparan rindu kelayuan
Aku bagaikan ..
Mimpi-mimpi yang kian pudar
Lautan kasih kesepian
Kekasih…
Ingin kuluahkan
Kehadiranmu bak ombak
Menemani pantai yang kesunyian
Kau bawa bersama kilauan cinta
Sebagai penyeri laman yang kekosongan
Kekasih…
Tiada lagi madah yang mampu kuluahkan
Cuma….aku hanya mampu melafazkan
Bahawa aku terlalu memyayangimu
Untuk hari ini ,esok dan selamanya…
 

Ina
Kuala terengganu