Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kau lelaki yang di panggil suami
Mengajar erti cinta
Melarik kasih sayang dan kemesraan
Melakar kesabaran dalam kesetiaan

Kau lelaki yang di panggil suami
Memecah kelopak mawar
Dengan sentuhan jemari kasar
Mencipta pedih dalam kenikmatan
membuka hijap seorang isteri pemalu
Lalu terbukalah tabir malam.
Dan
Terciptalah keindahan dalam kelelahan

Kau lelaki yang  di panggil suami
Menabur keringat ke bumi
Dalam letih dan lelahmu
Tapi….
Kepulanganmu masih dalam senyuman
Masih dalam sabar
Untuk mencipta rumahtangga gemilang

Kau lelaki yang bergelar suami
Masih ada bisa senyum
Sedangkan hatimu tersayat sembilu
Luka
Berdarah
Dalam gelut perasaan

Dan aku yang berani mencipta kesetiaan
Lalu terungkailah keindahan….
 

Ina
Kuala Terengganu.