Make your own free website on Tripod.com
    KELEBATANNYA 
  1. Wanita yang hitam lebat bulu keningnya tidak mudah mengalah, ada prinsip hidup, mempunyai bakat kepimpinan, pandai berasmara dan tidak tenang selagi tidak dapat kekasih serasi.
  2. Wanita yang tipis bulu keningnya tidak bertanggungjawab, cuma mahu bersenang-senang, mudah tergoda pada maksiat, tiada inisiatif lagi pemalas.
  3. Wanita yang jarang-jarang bulu keningnya adalah seorang yang optimis, dia juga mudah menangis bila tertekan dan kurang teguh pendiriannya. Tapi dia boleh menjadi ibu yang baik dan bertanggungjawab. 
    BENTUKNYA 
  1. Wanita yang mana bulu keningnya lengkung bertemu di hidung punya banyak idea yang baik, ada bakat semulajadi, gunakan kemampuan untuk hidup dalam suasana baik dan bagi memilih kekasih. Aktif di luar rumah serta boleh berdikari.
  2. Wanita yang mana bulu keningnya lentik ke atas itu keras keapla, sombong diri, suka merendahkan orang, suka menghina, mempunyai nafsu syahwat yang besar tapi boleh menjadi isteri yang menyenangkan.
  3. Wanita yang mendatar bulu keningnya lembab serba-serbi, hanya akan membuat sesuatu apabila disuruh. Tiada inisiatif. 
    Warnanya 
  1. Wanita yang mempunyai bulu kening yang lebih muda warnanya dari warna rambut itu suka pada seni, kemahuannya kuat, tidak mudah putus asa, guna akal untuk capai tujuan, serius bekerja. Pandai puaskan selera pasangan dan kreatif dalam bercinta.