Make your own free website on Tripod.com

AKHLAK MUSLIM

Sifat-Sifat Terpuji

 

i.    Bertaubat etriya meninggalkan segala perbuatan tercela yang telah dikerjakannya dengan niat kerana

      ingin membesarkan Allah s.w.t.  Orang yang bertaubat mersit memenuhi syarat-syarat yang berikut

      sebagai bukti kesungguhannya iaitu

 

ii.    Khauf ertinya takutkan Allah.  Takut kepada kemurkaanNya dengan memelihara diri dari melakukan

       perkara-perkara yang ditegah.

 

iii    Zuhud ertinya bersih dan suci hati dari berkehendakan lebih dari keperluannya serta tidak pula bergantung

       kepada makhluk lain.  Hatinya sentiasa mengingati bahawa harta yang dimilikinya adalah sebagai amanah

       dari Allah buat sementara waktu sahaja.

 

iv    Sabar ertinya tabah dan cekal dalam menghadapi sesuatu ujian dan dugaan yang mendukacitakan dari

       Allah.

 

v    Syukur ertinya menyedari bahawa semua nikmat yang diperolehninya baik yang lahir mahupun yang batin

      semuanya dalah dari Allah.  Ia juga merasa gembira dengan nikmat itu serta bertanggugjawab kepada

      Allah dengan melaksanakan segala suruhanNya.

 

vi    Ikhlas ertinya mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaat serta semua perbuatan yang dilakukan

       itu semata-mata kerana mengharapkan keredaan Allah, bukan kerana tujuan yang lain.

 

vii    Tawakal ertinya berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan.

 

viii    Mahabbah ertinya kasihkan Allah dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat

        kepada Allah serta bersungguh-sungguh dalam menjaga dirinya dari melakukan maksiat.

 

ix    Reda dengan Qada & Qadar ertinya merasa lapang dalam menerima ketentuan nasih yang telah

      ditakdirkan Allah sama ada yang berupa nikmat ataupun musibah

 

x    Zikrul Maut ertinya sentiasa ingat kepada kematian.

 

Sifat-Sifat Tercela

 

i.   Syarhul Tha'am ertinya gemar kepada makan ataupun makan dengan terlalu banyak.

 

ii.    Syarhul Kalam ertinya gemar kepada bercakap yang sia-sia, percakapan yang tidak memberi hasil atau

       mendatangkan sebarang faedah kepada dunia dan juga akhirat.

 

iii    Ghadhob ertinya bersifat pemarah dan cepat melenting walaupun kesilapan berlaku hanya kepada

       perkara yang kecil

 

iv    Hasad ertinya dengki akan nikmat yang ada pada orang lain serta suka jika orang itu mendapat kesusahan

       meleibihi dari dirinya.

 

v    Bukhl ertinya bakhil atau kedekut dan merasa sayang untuk membelanjakan hartanya pada jalan Allah.

 

vi.    Hubbul Jah ertinya cintakan kepada kemegahan dunia dan hatinya sentiasa berkehendakan kepada

        kemasyhuran.

 

vii    Hubbun Dunya ertinya cintakan kepada dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari mengerjakan ibadat

       dan berzikir kepada Allah.

 

viii    Kibr ertinya bongkak atau sombong dan merasakan dirinya mempunyai kelebihan serta kedudukan yang

        tinggi dari orang lain.

 

ix    Ujub ertinya merasakan dirinya telah banyak harta sehingga terlupa segalanya adalah nikmat yang

       datangnya dari Allah.

 

x    Riya' ertinya menunjuk-nunjuk dengan amal ibadatnya.  Ia beramal untuk mendapatkan pujian dan

      sanjungan dari manusia bukan dari Allah.