Make your own free website on Tripod.com

GOLONGAN PENENTANG AHLI SUNNAH

 

a)    Khawarij

 

Khawarij adalah golongan yang pertama keluar dari jemaah Ahli Sunnah.  Bermulanya timbul bida'ah dan perpecahan dalam Islam setelah terbunuhnya Khalifah Usman r.a.  Pada masa yang sama juga muncullah golongan penyebar fitnah yang memburukkan lagi keadaan sehingga tercetusnya peperangan saudara (Perang Shiffin).  Pada saat inilah golongan Khawarij keluar dari barisan Ali dan mereka tidak lagi mengakui Ali sebagai Amirul Mukminin selepas Usman.  Ketika Ali dan Muawiyah bersepakat diatas tahkim, kaum Khawarij menentangnya kerana bagi pendapat mereka tidak ada hakim kecuali Allah dan tiada hukum kecuali milik Allah.  Mereka lalu memisahkan diri menuju ke suatu tempat bernama Harura.  Setelah itu diutuskan kepada mereka seorang pendebat dan selepas itu ada sebahagian dari mereka yang kembali kepangkuan jemaah dan sebagian lagi tetap memusuhi, merampas serta menghalalkan darah kaum muslimin.  Mereka akhirnya telah membunuh Abdullah Bin Khabbab dan menyerang kawasan ternakan kaum muslimin.  Maka Khalifah Ali pun memerangi mereka sehingga tiada lagi tanda-tanda bida'ah.  Akar mazhab mereka ialah pengagungan kepada al-Quran dan tuntutan supaya mematuhinya.  Akan tetapi mereka keluar dari jemaah dan sunnah kerana beranggapan ia bertentangan dengan al-Quran seperti hukum rejam, pencurian, nisab dan sebagainya sehinggalah mereka menjadi sesat.  Sesungguhnya Rasulullah lebih mengetahui terhadap sesuatu yang diturunkan oleh Allah kepadanya tetapi mereka menganggap bahawa Nabi mungkin telah melakukan kezaliman yang menyebabkan mereka tidak lagi mematuhi hukum Nabi dan iman-iman selepasnya.  Mereka beranggapan bahawa Khalifah Usman dan Ali serta para pendokongnya telah berhukum selain dari al-Quran.  Mereka berhujah dari firman Allah yang bermaksud, "Dan barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah dari orang-orang yang kafir." (al-Maaidah 44).  Dengan dalil inilah mereka mengkafirkan kaum musliman.  Kesimpulannya bida'ah mereka berpunca dari dua sebab iaitu, pertama siapa yang menyalahi al-Quran dengan amal atau pendapat yang salah maka ia telah kafir.  Kedua Usman dan Ali serta para pengikut mereka telah kafir kerana telah berhukum selain dari al-Quran.

 

Rafidlah dan Syiah

 

Rafidhlah dan Ayiah menonjol setelah terbunuhnya Usman ibnu Affan.  Sebelum itu mereka menyembunyikan sikap permusuhan kerana tidak mempunyai jemaah, iman, negeri serta kekuatan untuk memerangi kaum muslimin.

 

b)    Syiah

 

Syiah amat ketara pada masa Saiyidina Ali r.a. tetapi mereka masih lagi menyembunyikan segala pendapat, pandangan dan perkataan mereka.  Menurut pandangan Ali, Syiah berpecah kepada tiga golongan iaitu:-

  1. Golongan yang mengatakan bahawa Ali itu Tuhan.

  2. Golongan yang suka mencaci khalifah Abu Bakar dan Umar al Khattab

  3. Golongan Mufadhilah iaitu mereka yang menganggap Saiyidina Ali lebih utama dari Khalifah Abu Bakar dan Umar.

Golongan Syiah telah melampaui batas syariat dengan mengangagp imam-iman mereka adalah maksum dan dapat mengetahui segala apa yang akan berlaku.  Golongan ini juga mewajibkan agar dikembalikan segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. kepada para imam mereka dan mereka merasakan tidak lagi perlu untuk kembali kepada al-Quran dan sunnah Rasul sebaliknya mementingkan ucapan iman-imam mereka yang dianggap maksum itu.  Syiah juga membuka pintu kepada musuh-musuh Islam seperti Atheistme, Batiniyah dan sebagainya.  Kaum Mulhid seperti Qaramithah yang terdapat di Bahrian, Maghribi dan Mesir adalah sekafir-kafir makhluk.

 

Mereka ini bersembunyi di balakang tasayyu' (mengaku Syiah) dan berwasiat supaya kaum musyrikin, ahli kitab dan kaum munafik memasuki kaum muslimin melalui pintu tasayyu' kerana melalui pintu ini mereka berpeluang menghancurkan Islam.  Merekalah kumpulan yang paling jauh menyimpang dari al-Quran dan Sunnah.  Syiah lebih sesat jika dibandingkan dengan Khawarij kerana Khawarij masih mahu kembali kepada al-Quran dan sunnah sekalipun masih salah dalam mengamalkannya tetapi mereka masih mahu berkata benar sementara Syiah selalu berdusta dalam setiap perkataan mereka.

 

c)    Rafidlah

 

Lafaz Rafidlah terjadi ketika Zaid bin Ali bin al Hussain telah memberontak menentang pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik pada awal abad ke 2 hijrah.  Zaid kemudian diminta pendapatnya mengenai Abu Bakar dan Umar maka beliau pun menyatakan ketaatannya kepada keduanya.  Namun kaumnya telah menolak dan berpaling darinya, maka selepas peristiwa itu kaumnya dikenali dengan nama Rafidlah.  Golongan ini telah mengkafirkan sebahagian besar umat Muhammad, baik generasi terdahulu mahupun sesudahnya termasuk Abu Bakar, Umar dan Usman serta kebanyakan kaum muslimin dari golongan Muhajirin dan Ansar.

 

Mereka telah menghalalkan darah kaum muslimin yang keluar dari kumpulan mereka dan menamakan mazhab mereka sebagai mazhab jumhur.  Mereka menganggap kaum muslimin itu kufur dan kekufuran ini adalah lebih berat jika dibandingkan dengan kekufuran Yahudi atau Nasrani.  Ini kerana bagi mereka kaum Yahudi dan Nasrani adalah kafir asli sedangkan kekafiran umat Islam disebabkan murtad.  Golongan ini telah mendukung kepimpinan Yahudi, Nasrani dan kaum musyrik untuk bersengkokol menghadapi kaum muslimin.

 

Mereka tidak menunaikan solat Jumaat dan solat jemaah kerana menganggapnya tidak perlu.  Pokok pendapat Rafidlah ialah Rasulullah s.a.w. telah menetapkan nas secara qat'i tentang Ali r.a. sebagai pengganti beliau dan Ali juga maksum dan sesiapa yang membantah ia termasuk kafir.  Bagi mereka kaum Muhajirin dan Ansar telah menyembunyikan nas serta mengingkari adanya imam yang maksum.  Mereka menggelarkan diri mereka sebagai orang beriman dan menjadikan negeri-negeri yang tidak mengikut fahaman mereka sebagai negeri murtad iaitu negeri yang paling buruk keadaannya dari negeri yang didiami oleh kaum musyrik, Yahudi dan Nasrani itu sendiri.

 

d)    Murjiah

 

Murjiah lahir sebagai reaksi diatas fahaman Khawarij tentang iman dan kufur.  Fahaman ini muncul di Kufah.  Murjiah merupakan kebalikan dari Khawarij dan Muktazilah dengan mengatakan, "Amal perbuatan itu tidak termasuk iman."  Bida'ah Murjiah adalah ringan kerana kebanyakan perselisihan yang terjadi hanya berkaitan dengan nama dan lafaz, bukan hukum.  Pada asalnya Murjiah adalah golongan Ahli Sunnah Wal Jemaah sehinggalah timbulnya persoalan yang membebankan mereka sendiri kerana mereka suka menambah-nambah pernyataan. 

 

Murjiah dikategorikan kepada 3 golongan iaitu

  1. Mereka yang mengatakan cukuplah iman itu hanya sekadar berada didalam hati.  Setelah itu ada diantara mereka yang menambah termasuk amalan hati.

  2. Mereka berpendapat bahawa iman itu hanya cukup dengan pernyataan lisan.

  3. Mereka yang mengatakan bahawa iman itu cukup dengan membenarkan dengan hati dan pengucapan dengan lidah.  Pendapat ini masyhur dikalangan ahli fikah dan ahli ibadah mereka.

Adapun kekeliruan mereka terjadi pada masalah berikut:

e)    Qadariah dan Jahmiah

 

Qadariah muncul pada akhir masa sahabat dan pada saat itu pembicaraan tentang takdir Allah sedang hangat diperdebatkan oleh mereka yang kesudahannya menyebabkan mereka berpecah kepada dua kumpulan utama.  Pertama Qadariah Nufat iaitu kumpulan yang mengingkari akan takdir Allah Ta'ala dan pada kesudahannya mereka dikenali dengan panggilan Qadariah ataupun Muktazilah.  Kumpulan kedua pula ialah Qadariah Mujbirah iaitu kumpulan yang mengingkari akan kudrat (keupayaan) manusia dan pada akhir pergerakkan, mereka lebih dikenali dengan nama Jahmiah.  Fahaman Qadariah terjadi adalah kerena disebabkan oleh ketidakupayaan akal fikiran mereka dalam mengimani kadar Allah Ta'ala.

 

Demikian juga pada janji, ancaman, perintah serta larangan Allah.  Bagi mereka hal-hal seperti ini dilarang untuk difikirkannya.  Pada pendapat mereka sesiapa yang mengetahui apa yang akan terjadi maka tidaklah patut ia menyuruh untuk melakukannya, sementara itu Allah amatlah mengetahui bahawa yang disuruhnya itu akan menentang dan tidak mentaatiNya.  Mereka mengira jika Allah telah mengetahui manusia akan melakukan kerosakan maka tidaklah patut ia (Allah) menciptakan mereka.  Setelah para sahabat mendengar pendapat ini mereka terus membantahnya dengan keras dan melepaskan diri dari mereka.

 

 

KEMBALI KE AHLI SUNNAH WAL JEMAAH