Make your own free website on Tripod.com

KESIHATAN

KANSER PANGKAL HIDUNG (NASOFARING)

 

Naso atau nose bermaksud hidung, manakala faring ialah tekak.  Nasofaring terletak di belakang atau di pangkal hidung iaitu satu kawasan yang bersambung dengan tekak.  Oleh itu, kanser nasofaring atau lebih dikenali sebagai kanser pangkal hidung ini merupakan antara penyakit kanser yang paling kerap berlaku tanpa disedari pada peringkal awal.  Ini kerana, ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda awal yang menyukarkan pengesanannya hinggalah apabila seseorang itu di tahap yang serius.  Ditahap ini ia membesar dan merebak keluar dari kawasan pangakal hidung, ini adalah disebabkan kedudukannya yang memyukarkan ia dilihat dengan mata kasar.  Bagi kes-kes yang disyaki seseorang menghidap kanser pangkal hidung, pakar perubatan akan menggunakan teropong khas (endoskop) untuk meneropong ke kawasan tersebut melalui rongga hidung atau tekak.  Kanser pangkal hidung sering berlaku di benua Asia terutamanya di kalangan masyarakat Cina yang berasal dari China Selatan.  Selain masyarakat Cina, di Malaysia kanser ini banyak berlaku di kalangan orang Melayu dan masyarakat peribumi yang tinggal di Sabah dan Sarawak seperti masyarakat Iban, Kadazan, Bajau dan lain-lain.  Sehingga kini belukm ada lagi kes-kes seumpama ini berlaku di kalangan masyarakat India.  Statistik Kementerian Kesihatan pada 1993 mendapati kanser pangkal hidung merupakan kanser yang ke enam paling kerap berlaku di negara ini.  Lebih 10% penghidap menginggal dunia akibat ikanser ini.  Kadar ini adalah yang paling tinggi berbanding kanser-kanser lain di bahagian telinga hidung tekak seperti kanser mulut, tonsil dan peti suara.