Make your own free website on Tripod.com

Apakah Solat Menghormati Waktu?

Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat untuk menghadap kiblat.  Soilat ini wajib diqada semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kekiblat kembali.  Kita juga boleh mengqada solat hormat waktu ini secara jamak ataupun qasar dengan syarat kita masih dalam musafir.

Apabila kita telah kembali ketempat asal maka solat hormat waktu mestilah diqada secara sempurna.  Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammum bagi mengqada solat maka memadai solat menghormati waktu itu telah diterima Allah.  Sebaliknya jikta kita berpeluang untuk mengqada solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa.

 

Panduan Menentukan Arah Kiblat

Terdapat beberapa kaedah bagi menentukan arah kiblat seperti berpandukan kepada matahari dan bintang selain dari menggunakan kompas penunjuk.  Panduan ini amat perlu kita pelajari kerana mungkin pada suatu masa kita akan berada dalam situasi yang terdesak seperti ditengah hutan belantara, pada malam yang gelap gelita atau pada musim cuaca yang tidak menentu maka bagaimanakah kita hendak menentukan arah kiblat?

 

Kaedah (i)

Pada waktu malam yang gelap maka carilah bintang tiga sederet dalam bentuk Buruk Belatik (Babadur Orion) dan kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.

 

Kaedah (ii)

Dengan memandang kearah langit pada malam yang gelap gelita dan carilah bintang Qutbi (Polaris) inilah satu-satunya bintang paling tepat arah utara bumi.  Dengan berpandukan bintang ini arah kiblat boleh dicari tetapi kaedah ini memerlukan pada pengetahuan ilmu bintang.

 

Kaedah (iii)

Jika pada waktu siang hari bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan juga terbenam.  Arah terbit adalah pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat.  Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.

 

Kaedah (iv)

Dengan memggunakan posisi zawai matahari di Kaabah.  Kaedah ini adalah berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat.  Bagaimanapun kaedah ini hanya berlaku dua kali sahaja dalam setahun dalam pergerakan matahari.  Sekali apabila matahari bergerak menuju ketitik utara iaitu pada 28 Mei setiap tahun dan sekali lagi pada 16 Julai apabila matahari kembali ke ekuinok.  Penzawalan matahari dengan kaabah pada waktu hampir Zohor akan menyebabkan baying sebaran objek menjadi tegak diseluruh dunia dan ianya bersamaan dengan arah kiblat.   Mengikut hisab waktu berkenaan ialah 16.16 tengahari waktu di Makkah dan bersamaan 5.16 petang waktu di Malaysia.  Pacakan sebatang tiang di kawasan yang lapang untuk menentukan arah kiblat.  Tepat jam 5.16 petang baying matahari yang jatuh itu adalah bertepatan dengan arah kiblat.  Pleh kerana matahri jatuh disebelah barat maka bayangnya berada disebelah timur, jadi arah kiblatnya ialah arah yang berlawanan dari arah timur (barat)