Make your own free website on Tripod.com

Solat Jamak  

Jamak ertinya menghimpunkan dua solat  yang boleh di jamakkan ialah zohor dengan asar dan magrib dengan isyak.jamak terbahagi kepada dua iaitu

a)      Jamak Taqdim-solat Zohor di jamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Magrib dengan Isyak dalam waktu Magrib

b)      Jamak Takhir- solat Zohor di jamakan dengan Asar dalam waktu Asar dan Magrib dengan Isyak dalam waktu Isyak

a)  Syarat Jamak Taqim

i)                    Hendaklah di mulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudianya si ikuti dengan Asar,Magrib kemudianya Isyak

ii)                   Niat jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiatul ihram

iii)                 Berturut-turut (muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat kedua

 

b)   Syarat Jamak Takhir

i)                    Hendaklah di niatkan didalam hati pada waktu yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.

ii)                   Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat