Make your own free website on Tripod.com

WASIAT SAIYIDINA UMAR

 

INI ADALAH PETIKAN DARI WASIAT SAIYIDINA UMAR AL KHATTAB KEPADA KETUA TENTERANYA IAITU SAAD BIN ABI WAQAS KETIKA BELIAU MENGUTUSKANNYA UNTUK PEMBUKAAN PARSI

 

Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu wahai Saad....! dan juga mereka-mereka yang bersamamu supaya bertakwa kepada Allah dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya bertakwa kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sekuat-kuat tipu daya dalam perperangan.  Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersamamu supaya lebih menjauhi dari maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti dari mush-musuh Islam.

 

Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan dari Allah disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal ini... nescaya tidak ada bagi orang-orang Islam akan kekuatan.  Jumlah bilangan tentera kita jika mahu dibandingkan dengan pihak musuh adalah terlalu kecil sekali... begitu jugalah dengan persiapan serta kelengkapan pertahanan jika hendak dibandingkan dengan pihak musuh.. tidaklah sekuat mereka.  Maka jika sama amalan serta tingkah laku kita dengan pihak musuh dalam melakukan maksiat nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak musuh.....

 

Jika kita tidak mendapat pertolongan dari Allah keatas musuh-musuh ini... sudah pasti kita tidak akan dapat menandingi kehebatan mereka.  Ketahuilah...! bersama kamu sekalian ada malaikat yang menjaga keselamatan dan para malaikat ini telah mewakili dari pihak kerajaan Allah untuk menjaga kamu supaya merasa selamat.  Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan maka hendaklah kamu merasa malu terhadap apa yang kamu ingin lakukan dan janganlah kamu berkata, "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, mereka tidak akan dapat menguasai keatas kita sekalipun kita turut sama melakukan kejahatan."

 

Ucapan yang sedemikian boleh jadi akan terbalik kepada kita maka akan datang satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani Israel yang mana akhirnya mereka telah dikuasi oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah api).  Sentiasalah kamu memohon pertolongan kepada Allah untuk menghilangkan penyakit yang ada didalam diri kamu itu sebagaimana kamu memohon pertolongan Allah bagi mengalahkan mush-musuh kamu.  Berdoalah untuk diri kamu dan tidak lupa juga buat diri kami.....