FARAADIH

(Pembahagian Harta Pusaka Menurut Islam)

 

Sabda Rasulullah s.a.w. "Hendaklah kamu mempelajari ilmu faraaidh kerana mempelajari ilmu faraidh itu adalah suruhan dari agama kamu.  Dan sesungguhnya ilmu faraaidh itu adalah seperdua (1/2) daripada ilmu (agama) dan ilmu faraaidh jugalah yang sekali mula-mula dicabut daripada umatku." (H.R. Ahmad)

 

Pengertian ilmu Faraaidh - iaitu suatu ilmu yang dengannya dapat diketahui yang berhak menerima pusaka dan yang tidak berhak menerima pusaka serta kadar yang patut diterima oleh setiap waris dan cara pembahagiannya.

 

 

Rukun Waris - 3

i.    Orang yang diwarisi (Simati)

ii    Orang yang mewarisi

iii    Harta yang diwarisi

 

Syarat-Syarat Waris

i      Pasti telah benar-benar mati orang yang diwarisi

ii     Pasti benar-benar hidup orang yang akan diwarisi

iii    Mengetahui adanya pertalian diantara pihak yang diwarisi dengan pihak yang mewarisi, sama ada

      pertalian keluarga ataupun nikah.

iv    Mengetahui jenis pihak waris sama ada lelaki atau perempuan.

 

Sebab Mendapat Waris

i      Dengan sebab perkahwinan.

ii     Dengan sebab nasab (keluarga atau keturunan).

iii    Dengan sebab menjadi petuan kepada hamba sahaya

iv    Menurut Mazhab Syafie terdapat sebab keempat iaitu jika seseorang telah mati tanpa meninggalkan

       waris yang berhak menerima harta ataupun ada waris tetapi tidak habis hartanya diwarisi maka baki

       harta simati itu hendaklah diberikan kepada Baitulmal.

 

Yang Menghalang Perwarisan

i      Hamba sahaya

ii     Membunuh (orang yang diwarisi sengaja dibunuh)

iii    Berlainan agama.

 

Waris-Waris Dari Pihak Lelaki - 15

i     Anak lelaki

ii     Cucu lelaki

iii    Bapa

iv    Datuk hingga keatas (bapa kepada bapa)

v    Saudara lelaki seibu sebapa

vi    Saudara lelaki sebapa

vii   Saudara lelaki seibu

viii  Anak saudara lelaki seibu sebapa

ix    Anak saudara lelaki sebapa

x     Bapa saudara seibu sebapa

xi    Bapa saudara sebapa

xii   Anak lelaki bapa saudara seibu sebapa

xiii  Anak lelaki bapa saudara seibu sebapa

xiv  Suami

 

*    Jika semua waris ini masih hidup maka orang yang berhak menerima pusaka hanyalah 3 orang sahaja iaitu

Waris-Waris Dari Pihak Perempuan - 10

 

i       Anak perempuan

ii      Cucu perempuan dari anak lelaki

iii     Ibu

iv     Nenek perempuan sebelah bapa hingga keatas

v      Nenek perempuan sebelah ibu hingga keatas

vi     Saudara perempuan seibu sebapa

vii    Saudara perempuan sebapa

viii    Saudara perempuan seibu

ix     Isteri atau beberapa orang isteri

x      Petuan perempuan hamba sahaya

 

*    Jika semua waris ini masih hidup maka orang yang berhak menerima pusaka hanyalah 5 orang sahaja iaitu

Mahjub (Terhalang)

 

Mahjub ialah waris-waris yang terhalang dari menerima pusaka atau tidak mendapat langsung dari bahagian harta pusaka peninggalan simati atau hanya mendapat sedikit sahaja.  Mahjub berpecah kepada dua bahagian iaitu,

    a.    Majub Nuqsan - ialah waris yang hanya mendapat sedikit bahagian sahaja dimana bahagian mereka

           telah berpindah dari bahagian fardu yang banyak kepada bahagian fardu yang sedikit seperti

           bertukarnya bahagian suami daripada 1/2 jika tiada anak kepada 1/4 jika ada anak.

    b    Mahjub Hirman - terbahagi kepada dua bahagian iaitu, Mahjub Pihak Waris Lelaki dan Mahjub Pihak

          Waris Perempuan

 

Mahjub Dipihak Waris Lelaki - 11

 

i.      Datuk mahjub disebabkan bapa.

ii.     Cucu lelaki dari anak lelaki mahjub disebabkan anak lelaki

iii.    Saudara lelaki seibu sebapa mahjub disebabkan bapa, anak lelaki dan cucu lelaki dari anak lelaki.

iv.    Saudara lelaki sebapa mahjub disebabkan bapa, anak lelaki, cucu lelaki dari anak lelaki dan saudara

        lelaki seibu sebapa

v.    Anak saudara lelaki seibu sebapa mahjub disebabkan bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki dari anak

       lelaki, saudra lelaki seibu sebapa dan saudara lelaki sebapa.

vi.    Anak saudara sebapa mahjub disebabkan bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki dari anak lelaki, saudara

        lelaki seibu sebapa saudara lelaki sebapa dan anak lelaki saudara lelaki seibu sebapa

vii.    Bapa saudara seibu sebapa mahjub disebabkan bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki dari anak lelaki,

        saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki seibu sebapa dan anak

        lelaki saudara lelaki sebapa.

viii    Bapa saurada sebapa mahjub disebabkan bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki dari anak lelaki, saudara

        lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki seibu sebapa, anak lelaki saudara

        lelaki sebapa dan bapa saudara seibu sebapa.

ix     Anak bapa saudara seibu sebapa mahjub disebabkan bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki dari anak

        lelaki, saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki seibu sebapa, anak

        lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara seibu sebapa dan bapa saudara sebapa.

x.    Anak bapa saudara sebapa mahjub disebabkan bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki dari anak lelaki,

       saudara lelaki seibu lelaki saudara lelaki seibu sebapa, anak lelaki saudara lelaki seibu sebapa, anak lelaki

       saudara lelaki sebapa, bapa saudara seibu sebapa, bapa saudara sebapa dan anak lelaki bapa saudara

       seibu ebapa.

xi    Baitulmal mahjub disebabkan bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki dari anak lelaki, saudra lelaki seibu

       sebapa, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki seibu sebapa,anal lelaki saudara lelaki sebapa,

       bapa saudara seibu sebapa, bapa saudara sebapa dan anak lelaki bapa saudara seibu sebapa.

 

Mahjub Di Pihak Waris Perempuan - 6

 

i.      Nenek sebelah ibu mahjub disebabkan ibu.

ii.     Nenek sebelah bapa mahjub disebabkan ibu dan bapa.

iii.    Anak perempuan dari anak lelaki mahjub disebabkan anak lelaki dan dua orang anak perempuan

iv.    Saudara perempuan seibu sebapa mahjub disebabkan bapa, anak lelaki dan cucu lelaki dari anak lelaki.

v.     Saudara perempuan sebapa mahjub disebabkan bapa, anak lelaki, cucu lelaki dari anak lelaki, dua orang

        saudara perempuan seibu sebapa dan saudara lelaki seibu sebapa.

vi.    Saudara-saudara seibu mahjub disebabkan bapa, datuk, anak lelaki, anak perempuan dan cucu lelaki dari

        anak lelaki.

 

Waris Yang Mendapat 1/2 Hari Harta Peninggalan Simati - 5

 

i.    Suami-suami berhak mendapat 1/2 dari harta pusaka peninggalan isterinya dengan syarat isterinya tidak

      meninggalkan waris yang berikut

ii.    Anak Perempuan - anak perempuan berhak mendapat 1/2 hari dari harta pusaka peninggalan bapa atau

       ibunya dengan syarat bapa/ibunya tidak meninggalkan waris yang berikut:

iii.    Cucu Perempuan - cucu perempuan dari anak lelaki berhak mendapat 1/2 dari harta pusaka peninggalan

        datuk atau neneknya dengan syarat datuk/neneknya tidak meninggalkan waris yang berikut:

iv.    Saudara Perempuan Seibu Sebapa - berhak mendapat 1/2 harta pusaka peninggalan saudaranya dengan

        syarat saudaranya itu tidak meninggalkan waris yang berikut:

v.    Saudara Perempuan Sebapa - berhak mendapat 1/2 dari harta pusaka peninggalan saudaranya dengan

       syarat saudaranya itu tidak meninggalkan waris yang berikut:

Waris Yang Mendapat 1/4 Dari Harta Peninggalan Simati - 2

 

i.    Suami - akan mendapat 1/4 dari harta pusaka peninggalan isterinya, "bila isterinya" ada meninggalkan

      waris yang berikut

ii.    Isteri - seorang atau beberapa orang isteri akan mendapat 1/4 dari harta pusaka peninggalan suaminya

       dengan syarat suaminya itu tidak meninggalkan waris yang berikut:

Waris Yang Mendapat 1/8 Dari Harta peninggalan Simati - 1

 

i.    Isteri - seorang atau beberapa orang isteri akan mendapat 1/8 dari harta pusaka peninggalan suaminya bila

      suaminya ada meninggalkan waris yang berikut:-

Waris Yang Mendapat 2/3 Dari Harta Peninggalan Simati - 4

 

i.    Dua Orang Anak Perempuan - atau lebih berhak mendapat 2/3 dari harta pusaka peninggalan bapa atau

      ibunya dengan syarat ketiadaan waris yang berikut:

ii.    Dua Orang Cucu Perempuan Dari Anak Lelaki - atau lebih berhak mendapat 2/3 dari harta pusaka

       peninggalan datuk atau neneknya dengan syarat ketiadaan waris-waris yang berikut:-

iii.    Dua orang Anak Perempuan Seibu Sebapa - atau lebih berhak mendapat 2/3 dari harta pusaka

        peninggalan saudaranya dengan syarat ketiadaan waris yang beriku:-

iv.    Dua Orang Saudara Perempuan Sebapa - atau lebih berhak mendapat 2/3 dari harta pusaka peninggalan

        saudaranya dengan syarat ketiadaan waris yang berikut:-

Waris Yang Mdndapat 1/3 Dari Harta Peninggalan Simati - 2

 

i.    Ibu - berhak mendapat 1/3 dari harta pusaka peninggalan anaknya dengan syarat ketiadaan waris yang

      berikut:-

ii.    Saudara Lelaki/Perempuan Yang Seibu - berhak mendapat 1/3 dari harta pusaka peninggalan saudaranya

       dengan syarat tidak ada waris-waris yang berikut:-

Waris Yang Mendapat 1/6 Dari Harta Pusaka Peninggalan Simati - 7

 

i.    Bapa - akan mendapat 1/6 dari harta pusaka peninggalan anaknya bila anak itu ada meninggalkan salah

      seorang dari waris-waris yang berikut:-

ii.    Ibu - akan mendapat 1/6 dari harta pusaka peninggalan anaknya bila anak itu ada meninggalkan salah

       seorang dari waris-waris yang berikut:-

iii.    Datuk - akan mendapat 1/6 dari harta pusaka peninggalan cucunya bila cucu itu ada meninggalkan salah

        seorang dari waris-waris yang berikut:-

iv.    Nenek - akan mendapat 1/6 dari harta pusaka peninggalan cucunya jika ia berseorangan sama ada cucu itu

        ada meninggalkan anak atau tidak.  Tetapi jika ada dua nenek atau lebih sama ada disebelah ibu dan juga

        disebelah bapa maka mereka tetap mendapat 1/6 tetapi dengan cara berkongsi dalam bahagian 1/6

 

v.    Cucu Perempuan Dari Anak Lelaki - sama ada seorang atau lebih akan mendapat 1/6 dari harta pusaka

       peninggalan datuk atau neneknya dengan syarat ketiadaan waris berikut:-

vi.    Saudara Perempuan Sebapa - sama ada seorang atau lebih akan mendapat 1/6 dari harta pusaka

        peninggalan saudaranya dengan syarat tiadanya waris-waris yang berikut:-

vii.    Saudara Lelaki/Perempuan Seibu - akan mendapat 1/6 dari harta pusaka peninggalan saudaranya dengan

        syarat tidak ada waris yang berikut:-