Make your own free website on Tripod.com

BERHATI-HATI TERHADAP KALIMAH "CERAI"

Pasangan suami isteri yang hidup selama ini dengan aman bahagia tiba-tiba hubungan mereka menjadi keruh hanya di sebabkan oleh beberapa biji buah kurma.  Kisahnya bermula pada suatu hari sedang mereka berdua menikmati kelazatan buah kurma, tiba-tiba berkata si suami kepada isterinya, "Asingkan biji-biji kurma yang aku makan dengan yang engkau makan kepada dua bekas, jika tidak engkau akan aku ceraikan".  Ucapan ini amat memeranjatkan si isteri.  Ia dengan segera cuba mengasingkan biji-biji tersebut kepada dua bekas.

Usaha ini tidak berjaya kerana si isteri tidak dapat mengenali dengan jelas, biji yang manakah di makan olehnya dengan suaminya, dalam situasi ini timbullah penyesalan pada diri si suami kerana telah terlanjur melafazkan perkataan "Cerai" terhadap isterinya, sedangkan ia tahu hal itu adalah mustahil bagi isterinya melakukan.  Setelah menemui jalan buntu, lalu kedua-duanya pergi bertemu dengan saiyidina Ali r.a. "Hal ini senang saja" kata saiyidina Ali r.a.

Kamu kumpulkan semua biji-biji kurma itu menjadi satu longgok, kemudian kamu asingkanya semula kepada dua longgok yang berjauhan dan katakan."Longgok ini yang aku makan dan itu longgok yang engkau makan.  Kamu tidak perlu menbezakan antara biji-biji itu kerana suaminya hanya menyuruh mengasingkannya saja bukan menyuruh kamu menbezakannya" Tambah Saiyidina Ali r.a. Jawapan ini amat mengembirakan semula pasangan ini .Kebijaksaan Saiyidina Ali telah menyelamatkan keruntuhan rumah tangga pasangan tersebut