Make your own free website on Tripod.com

KENAPA IBRAHIM B. ADHAM BERTAUBAT

 Pada suatu hari Ibrahim b. Adham telah keluar berburu dan setelah lama berada di atas kudanya dia pun berhenti untuk berehat dan menjamah makanannya.  Bila hendak di masukkan saja ke dalam mulutnya tiba-tiba datang sesekor burung gagak lalu menyambar rotinya itu.   Kerana merasa marah Ibrahim terus mengejar burung itu hinggalah ia sampai ke puncak bukit dan setelah ia mendekati burung ini Ibrahim telah dapati ada seoarang lelaki  yang telah terikat kedua kaki dan tangannya.  Ibrahim segera mendekati lelaki  ini serta membuka ikatannya lalu bertanya “kenapa kamu berada dalam keadaan begini”

 Jawab lelaki ini “Sebenarnya aku adalah seoarang saudagar dan aku telah di rompak lalu mereka mengikat aku dan aku di biarkan dalam keadaan begini sudah 7 hari.  Dengan pertolongan Allah, burung gagak inilah yang selalu membawa makanan untuk aku.  Burung ini akan bertenggek di atas bahuku sambil memotong roti lalu di masukkan di dalam mulutku.  Sesungguhnya Allah tidak membiarkan aku lapar walau sehari pun dengan berkat pertolongan burung ini” Selepas mendengar cerita lelaki ini Ibrahim B.Adham pun terus bertaubat kepada Allah, ia lalu melucutkan pakaian kebesarannya dan digantikan dengan pakaian sufi. Dia juga telah memerdekakan semua hambanya serta mewakafkan semua harta dan tanah yang di milikinya.