Make your own free website on Tripod.com

MUSA BERDAILOG DENGAN IBLIS

  

Dari sebuah Kitab diceritakan bahawa telah datang Iblis kepada Nabi Musa a.s..lalu berkata “Wahai Musa! Engkau adalah satu-satunya nabi yang boleh bercakap terus kepada Allah.  Tolong sampaikan kepadaNya yang aku ingin memohon taubat dariNya” Maka berdoalah Nabi Musa kepada Allah bagi pihak Iblis kemudian Allah pun menurunkan wahyunya,Wahai Musa! Katakan kepada iblis bahawa Aku sedia mengampunkannya tetapi dengan satu syarat iaitu dia mestilah tunduk dan sujud terlebih dahulu di kubur Nabi Adam” Nabi Musa pun segera memberitahu iblis.  Jawap iblis dengan sombomg dan bongkak, Wahai Musa ! semasa di syurga lagi aku tidak pernah sujud padanya, apatah lagi bila ia sudah mati”.

 

Begitulah keangkuhan serta kedegilan Ibils walapun ia tahu sifat api neraka itu. Di akhirat kelak akan di kenakan siksaan ke atas Iblis dengan seberat-berat siksaan yang ada. Kemudian di katakan lagi kepadanya,wahai iblis! Sesungguhnya Nabi Adam berada di dalam syurga maka pergilah kamu sujud kepadanya dan semuga kamu akan di ampuni.” Iblis tetap menolak peluang yang Allah berikan kepadanya lalu di gandakan lagi siksaan ke atasnya sebanyak 70,000 kali ganda dari penghuni neraka yang lain.  Riwayat dari sebuah hadis bahawa Allah S.W.T akan mengeluarkan Iblis dari neraka setiap 1000 tahun sekali lalu diperintahkan kepadanya agar sujud kepada Adam namun ia tetap ingkar. Maka di kembalikan lagi Iblis ke dalam neraka untuk merasai  azabnya buat selama-lamanya.