Make your own free website on Tripod.com

HATI HITAM SYAITAN

Seorang saudagar yang soleh lagi kaya telah menyuruh seorang hamba untuk menjaga kambing-kambingnya.  Setiap hari sihamba ini akan membawa kambing kepadang ragut dan memasukkannya semua kekandang bila hari telah malam.  Suatu hari bila kambing ini pulang saudagar melihat ada seekor kambing yang kakinya telah hilang satu.  Ini menyebabkan kambing itu jalan terhenjut-henjut.  Timbullah perasaan kasihan pada hati saudagar soleh serta bercampur kehairanan.  Lalu ia bertanya, "Angkara siapakah ini?".

Jawab sihamba, "Saya yang membuatnya menjadi begitu".  Mendengar pengakuan sihamba ini maka beristighfarlah saudagar lalu berkata, "Mengapa engkau sanggup melakukan seperti ini, bagaimana pula jika ia berlaku pada kakimu, tidakkah kamu menaruh perasaan kasihan padanya?".  Balas sihamba, "Saja untuk suka-suka dan aku ingin melihat engkau marah".  "Baiklah, sekarang aku akan membuat syaitan yang menghasutmu melakukan seperti itu menjadi sakit hati".  Kata sisoleh.  "Membuat hati syaitan sakit, tetapi bagaimana?".  Tanya sihamba.

"Mulai sekarang engkau aku merdekakan semata-mata kerana Allah Ta'ala, pergilah kemana engkau suka".  Kata sisoleh.  Bukan main girang hati sihamba bila tindakannya untuk menyakitkan hati tuannya tidak berhasil sebaliknya menjadikan dirinya pula dimerdekakan.  Siapkah yang sakit hati dalam peristiwa ini?.