IBNU SINE – PELOPOR ILMU KEDOKTORAN

 

Nama sebenarnya ialah Ali Hussain b.Hussain b.Ali b. sina,  dilahirkan di Wilayah Bukhara dalam tahun 980M. Keturunannya menjadi rebutan berbagai bangsa tetapi yang pastinya ia berketurunan Parsi dan berkebudayaan Arab.  Dalam usia 10 tahun Ibnu sina telah Khatam menghafal al Quran serta ilmu-ilmu kesusasteraan yang lain. Pada usia 16 tahun ia telah berjaya menguasai semua ilmu perubatan.  Semua ini di perolehi dengan hasil usahanya sendiri di samping memiliki kecerdasan akal fikiran yang luar biasa.

 

Bermula dari sinilah ia mengubati orang sakit dan memperolehi kejayaan yang besar yang mengharumkan namanya.  Beliau juga telah berjaya mengubati Raja Bukhara iaitu Nuh b.Mansur yang mengidap sejenis penyakit yang tidak dapat di ubati oleh para tabib yang lain.  Beliau lalu di lantik menjadi doktor peribadi baginda.  Ibnu Sina adalah sesorang yang gigih membaca, meyelidik dan mengarang.  Hasil karyanya yang teragung dalam bidang perubatan ialah Kitab Al Qanun dan sehingga kini masih di anggap sebuah ensaikelopedia yang lengkap.  Buku ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan juga Eropah lalu di jadikan buku teks perubatan di Universiti-Universiti Eropah, England dan Scotland.

 

Ibnu Sina juga adalah orang yang pertama menyelidik tentang penyakit bengkak dalam otak, barah dalam perut, batuk kering(T.B) dan ahli perubatan yang pertama sekali melakukan suntikan di bawah kulit dengan jarum serta membuat pembedahan dengan menggunakan bius.  Beliau meninggal dunia pada tahun 1037M di Hamadan kerana mengidap penyakit kudis dalam perut akibat terlalu kuat berkerja dan mengarang.