Make your own free website on Tripod.com

PENGHUNI GUA AL-KAHFI

 

 Pada zaman dahulu kala ada 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah, sedang raja Daqyanus yang memerintah pada waktu itu adalah seorang pemyembah berhala.  Kerana takut akan ancamam bunuh oleh raja ini maka pemuda ini pun melarikan diri ke dalam gua yang tidak berapa jauh dari situ.  Dalam perjalanan itu seekor anjing telah mengekori mereka dan anjing ini menjadi penjaga pintu gua tersebut.  Lalu berehatlah mereka di dalamnya dan terus ditidurkan oleh Allah Ta'ala senyenyaknya tanpa mendengar sesuatu apa pun selama 309 tahun.

 

Sementara itu Raja Daqyanus telah lama meninggal dan di gantikan dengan seorang raja baru yang beriman kepada Allah.  Suatu hari datang seorang pengembala kambing lalu mengetuk dinding gua itu untuk di jadikan kandang kambingnya.  Kehadirannya ini menyedarkan semua pemuda yang tidur itu.  Bertanya seorang pemuda “Berapa lama kita telah tertidur di sini.?” Jawap salah seorangnya , “sehari atau setengah hari, Allah lebih mengetahui berapa lama kita tertidur” Lalu keluarlah seorang dari mereka ke Bandar untuk membeli makanan dengan berhati-hati dan mengunakan wang Raja Daqyanus .Apabila penjual melihat wang ini ia segera membawanya kepada raja dan raja pun menyoal asal-usul mereka.

 

Setelah itu raja sendiri datang melihat ke gua tempat mereka tidur untuk melihat sendiri persitiwa ganjil yang mereka ceritakan ini raja amat takjub kerana raja Daqyanus telah meninggal 300 tahun yang lalu dan ini bermakna pemuda ini telah tidur di sini selama 300 tahun lebih.  Allah Maha berkuasa untuk mematikan dan menghidupkan sesiapa pun yang ia kehendaki dan cerita ini adalah sebagai bukti yang di ceritakan di dalam al Quran dan terdapat pada surah Al Kahfi.  Setelah pemuda ini mengucapkan selamat sejahtera kepada raja lalu mereka di wafatkan oleh Allah Ta`ala untuk selama-lamanya