Make your own free website on Tripod.com

KEBESARAN AYAT KURSI

 

Ayat kursi diturunkan pada suatu malam selapas hijrah.  Ketika diturunkan ianya telah di iringi oleh beribu para malaikat, ini kerana kebesarannya dan kemuliaannya.  Iblis dan syaitan telah menjadi gempar kerana adanya alamat yang bakal menjadi perintang kepada perjuangan mereka.  Serentak dengan penurunan ini Rasulullah s.a.w. segera memerintahkan Zaid b. Tsabit menulis dan menghebahkannya. 

 

Sesiapa yang membaca ayat kursi dengan penuh khusuknya setap kali lepas solat, setiap waktu pagi mahu pun petang, setiap kali bila hendak tidur, setiap kali bila hendak keluar bermusafir, setiap kali bila nak masuk pasar dan setiap kali bila mahu melakukan apa-apa kerja sekali pun InsyaAllah, Allah akan mengamankan kita dari segala godaan iblis mahupun syaitan serta kuncu-kuncunya.  Dapat menolak kejahatan manusia dan menghindari dari kebuasan binatang yang membahayakan, akan terpelihara dirinya serta keluarganya dan hartanya bendanya dengan kehendak Allah s.w.t. 

 

Mengikut huraian dari kitab Asrarul Mufiidah, bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya sebanyak 18 kali sehari, maka Allah akan menghidupkan hatinya dengan jiwa Tauhid, dibukakan pintu hatinya dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan pengaruh kepadanya sehingga semua orang akan menghormatinya serta akan di perlihara oleh Allah setiap masa dari segala malapetaka dan bahaya.