Make your own free website on Tripod.com

Sentuhan Pada Jari-jemari Dan Tangan

SELALUNYA pada jari-jemari dan tangan adalah paling mudah untuk seseorang itu mengenali sama ada seseorang gadis itu masih dara atau tidak. Sentuhan tangan sewaktu bersalam atau berpegangan tangan adalah sentuhan yang boleh memberi reaksi sensitif seorang gadis yang masih suci. Terkadang kita pernah lihat seorang lelaki hendak bersalam dengan seorang gadis tetapi salam yang dihulur tidak disambutnya, sebaliknya hanya senyuman sahaja dilemparkan kepada lelaki itu. Ini bukan kerana malu si gadis untuk menerima salam tangan lelaki itu, sebaliknya dia merasa gementar untuk menyambut salam tangan lelaki itu. Jantungnya dengan secara tiba-tiba merasa berdegup.

Ini berlaku dengan tiba-tiba kerana gadis itu belum pernah bersalam dengan mana-mana lelaki yang bukan muhrimnya. Akan tetapi jika kita pernah lihat seorang gadis itu tidak segan silu mtuk menyambut hulur tangan salam dari seorang lelaki, bermakna gadis itu sudah biasa bersalaman. Ini tidak bermakna gadis itu sudah hilang dara akibat bersalaman atau gadis itu sememangnya membuktikan dirinya sudah tiada dara.

Tidak semua gadis yang bersalaman dengan telaki itu sudah hilang dara dan tidak mustahil sebaliknya juga berlaku kepada mereka. Namun begitu ingin saya nyatakan di sini, sekali seseorang gadis itu membiasakan dirinya berjabat tangan dengan seorang lelaki bukan muhrim, maka gadis itu sudah hilang sensitif (dara kecil) pada bahagian tangannya. Lantaran itu dia mudah sahaja menyambut jabat tangan setiap lelaki. Maka apabila berjabat tangan ini bermula, tidak mustahil gadis itu akan melakukan perbuatan-perbuatan menerima sentuhan selanjutnya daripada lelaki.

Perlu diingat, lelaki selalunya kurang upaya untuk memaksa diri mereka memulakan ingin menyentuh seorang gadis itu jika apa yang mereka lakukan pada peringkat pertama misalnya menghulurkan tangan berjabat tangan dengan gadis itu tetapi ianya tidak bersambut. Maka lelaki itu akan merasa dirinya sedikit malu dan mampu mengawal diri untuk tidak terus memegang mana-mana bahagian anggota tubuh badan si gadis.

Pada kebiasaanya apabila sentuhan tangan melalui salam telah berlaku, maka terjalinlah rasa mesra di antara si lelaki itu dengan si gadis. Pada kebiasaannya apabila sentuhan tangan melalui tangan telah bermula maka terjalinlah rasa mesra di antara si lelaki dan gadis itu. Bermulalah ingin terus berkenalan, keluar bersiar-siar dan makan-makan. Jika pelawaan ini diterima si gadis maka, tidak hairanlah si lelaki akan mudah memegang mana-mana bahagian anggota tubuh badan si gadis itu. Walaupun tidak sampai ke peringkat asmara, namun pada kebiasaannya, berpimpin tangan dan memegang bahu si gadis itu akan mudah berlaku.

Pada peringkat awal si lelaki amat cepat mencapai tangan si gadis untuk memimpinnya. Ini terjadi  sewaktu melintas jalan, jika tidak memimpin tangan, si lelaki akan memegang bahu si gadis. Peringkat inilah si gadis tidak gementar jika ianya boleh mencapai ke tahap hubungan seks bebas kerana beberapa sebab yang anda sendiri boleh memikirkannya tanpa saya terangkan.

Bermakna sentuhan tangan adalah sentuhan ajaib dan bermulalah agenda sentuhan-sentuhan seterusnya. Sebab itu, di dalam Islam tidak dibenarkan seorang perempuan itu bersentuhan tangan dengan lelaki yang bukan muhrimnya kerana sentuhan itu terlalu sensitif walaupun tanpa anda sedari sama sekali. Untuk pengetahuan anda sentuhan tangan mempunyai suatu nikmat yang luar biasa. Ingin saya memberi pandangan sedikit tentang bagaimana seronoknya jika anda yang belum berkahwin berjalan sambil berpegangan tangan. la kelihatan mesra, dan terlalu menyeronokkan. Seolah-olah kebahagiaan telah menyerikan hidup anda. Seperti diri anda diberi perhatian sewajarnya. Dihormati dan disayangi.

Ingin saya menyoal sesuatu perkara kepada anda, bagaimana rasanya, perasaan anda ketika seseorang lelaki itu membelai jari-jari tangan anda satu persatu? Apakah anda rasa sensitif dengan sentuhan itu? Atau anda merasa biasa sahaja dengan sentuhan itu? Jika anda merasa ianya menyeronokkan bermakna itu adalah bermaksud anda sudah sarnpai kepada haluan sentuhan yang boleh memberahikan nafsu anda. Kesan daripada sentuhan dan belaian yang begitu lembut dan mesra, ianya membolehkan anda mahu disentuh selanjutnya pada bahagian lain. Misalnya, anda akan merasa seronok jika rambut anda dibelai, pipi anda dicium dan leher anda dikucup lembut serta tidak terkecuali diri anda dirangkul lembut.

Untuk mengenali diri seorang gadis itu sudah biasa melakukan sentuhan-sentuhan ini, sebagai lelaki anda hanya perlu menghulurkan tangan dan cuba berjabat dengan mereka, kemudian cuba genggam tangannya dengan lembut dan jika anda cekap jangan lupa anda cuba menyentuh jari kelingking gadis itu. Jika wajah gadis itu kelihatan agak gelisah dan
pucat yang memberi petanda resah, ianya mungkin tergamam dengan perbuatan anda. Ini bermakna gadis itu masih suci dan jika dia pernah berasmara sekalipun dirinya masih terkawal daripada melakukan seks bebas. Akan tetapi jika gadis itu menampakkan reaksi seperti yang dinyatakan, bermakna gadis itu sudah biasa dengan perbuatan sensitif itu dan ia boleh dikenalpasti sebagai sudah hilang dara (ini hanya untuk membuktikan gadis sahaja dan bukan pada isteri or-ang).

Terdapat juga walaupun seseorang itu bukan gadis lagi yang memberi maksud dia adalah isteri orang, terkadang apabila sentuhan seperti yang saya katakan itu dilakukan kepada mereka, mereka akan merasa gelisah dengan perbuatan anda dan tidak menyenangi dengan perilaku anda. Mungkin ini berlaku tanpa anda ketahui siapa dia sebenarnya. Maksudnya, apakah dia gadis lagi atau sudah bersuami? Anda jangan segan silu, tanyakan tentang taraf perkahwinannya sama ada dia sudah berkahwin atau belum. Jika dia sudah bersuami dan anda dapati dia tidak menyenangi dengan perbuatan anda itu, ini membuktikan yang perempuan itu mempunyai maruah diri walaupun dia sudah biasa dengan hubungan seks bersama lelaki yang bergelar suami.

Wanita seperti ini pada kebiasaanya amat mengawal diri daripada melakukan perkara sumbang dengan lelaki ketika dia masih gadis lagi. Hanya lelaki yang bergelar suaminya sahaja yang diizinkan menyentuh tubuhnya. Bukanlah mudah mendapat seorang isteri yang seperti ini. Sebab itu, ingin saya nyatakan, seiring dengan keperibadian yang mulia pada seorang gadis itu adalah terletak pada tanggungjawab menjaga kehormatan diri bukan sahaja pada kemaluan atau buah dadanya sebaliknya seluruh tubuh badannya. Kerana tubuh badan anda adalah terlalu istimewa untuk seorang lelaki yang bergelar suami yang baik budi dan akhlaknya.

Cuba elakkan daripada melakukan sentuhan tangan dengan lelaki yang bukan muhrim anda kerana ianya mampu mengubah pendirian anda untuk melakukan dan menerima sentuhan-sentuhan selanjutnya.