ASAS KERUKUNAN ISLAM

Rukun Islam Rukun Iman
      Mengucap Dua Kalimat Syahada

“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammd itu adalah pesuruhNya” Dengan Syahadat, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya.

 

 

  Solat Lima Waktu Sehari Semalam

Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya.  Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata , telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi s.a.w.

  Mengeluarkan Zakat

Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.

  Berpuasa di Bulan Ramadhan

Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan larangaNya.  Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan sreta meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

 

Mengerjakan Haji di Baitullah

Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup

 

 
 

         Beriman Kepada Allah

Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepadaNya.  Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w.t.

  Beriman kepada Malaikat-Malaikat

Dengan Iman kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah.  Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dinyatakan Allah

  Beriman Kepada Kitab-Kitab

Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang diakhiri dengan kitab AL-QURAN.

  Beriman Kepada Nabi dan Rasul

Dengan beriman kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w.

  Beriman Kepada Hari Kiamat

Dengan Iman, kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka

 Beriman Kepada Qada dan Qadar

Dengan Beriman kepada qada’ dan qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasanNya