SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA PENENTANGAN TERHADAP AHLI SUNNAH
Mereka yang melampaui batas dan zalim. Orang-orang yang menyalahi dan melanggari sunnah, ada diantara mereka yang terlanjur melakukan perbuatan keji, zalim dan saling bermusuhan. Ini terjadi kerana timbulnya kekeliruan dalam ijtihad dan takwil ataupun kerana kezaliman dan kebodohan mereka sendiri. Mereka ini termasuk dalam pelaku maksiat yang akan mendapat dosa kerana melakukan kekeliruan.
Orang-orang yang musyrik dan sesat. Mereka ini harus diminta supaya segera bertaubat dari kemusyrikan dan jika mereka membantah maka mereka berhak dibunuh seperti orang yang murtad. Kaum Druz dan Nusyairiah adalah dari kaum yang kafir menurut kesepakatan kaum muslimin. Tidak halal haiwan sembelihan mereka dan tidak halal menikahi wanita mereka. Mereka tidak mengharamkan apa yang telah Allah dan RasulNya haramkan seperti berzina, memakan bangkai dan meminum arak. Mereka juga tidak mengakui kewajipan bersolat, puasa, zakat dan haji. Sungguhpun secara lahiriah mereka mengucapkan dua kalimah syahadah namun mereka bukan lagi dari golongan musliman dan bukan pula Yahudi atau Nasrani.
Orang-orang yang memusuhi sunnah ada diantara mereka yang termasuk dalam golongan munafik zindik iaitu mereka yang menyembunyikan kekufuran, hasad dengki dan dendam serta niat jahat mereka terhadap kaum muslimin. Sesiapa yang mengerjakan solat sedangkan dalam dirinya masih tersimpan sifat kufur terhadap sesuatu persoalan maka tidaklah ia solat melainkan sebagai seorang munafik. Golongan seperti ini banyak terdapat pada kaum Rafidhlah dan Jahmiah.
Sebahagian besar dari mereka yang menentang sunnah juga disebabkan oleh ijtihad yang keliru dalam rangka mencari kebenaran serta kurangnya pengetahuan dalam ilmu agama.
Diantara mereka yang menentang sunnah khususnya dari generasi muta'akhirin adalah terlalu sedikit mereka menyandarkan segala permasalah kepada al-Quran dan sunnah, mereka lebih mempercayai pendapat dari guru-guru mereka tanpa mengetahui akan akibatnya.
Penentang sunnah ada diantara mereka yang berpura-pura membela sunnah di hadapan musuh tetapi sebaliknya mereka telah menyalahi sunnah itu sendiri disebabkan oleh ijtihad yang keliru atau takwil yang menyimpang dari jalan kebenaran. Ini menyebabkan dua perkara berkumpul pada mereka sekaligus iaitu sunnah dan bida'ah.