ISTERI SOLEHAH
Hak-Hak Suami Dari
Isterinya
- Isteri yang sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan,
dan kesempurnaan dirinya, rumahtangga serta anak-anak
- Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati
keluarga suaminya seperti mana ia menghomati dan menyayangi keluarganya
sendiri.
- Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang
bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri
- Tidak membenarkan lelaki yang bukan mahram memasuki
rumahnya ketika ketiadaan suami
- Isteri sedia menjadikan suaminya sebagai ketua dalam
rumah tangga mereka. Ini kerana
sifat semuajadi yang telah Allah anugerahkan kepada kaum lelaki.
- Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan
kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suaminya tidak bertentangan dengan
perintah agama.
- Isteri sedia memberikan layanan kasih sayang dan
sehingga membuatkan suami merasakan rumah tangganya itu adalah tempat untuk
mendapatkan ketenangan dan kebahagian dari sebarang masalah kerja.
- Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah
suaminya begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suaminya
- Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar
dari rumah atau mengerjakan puasa sunat.
- Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam
berbelanja dengan kadar yang sederhana serta tidak membazir cara ini dapat
menyelamatkan suami dari masalah kewangan
- Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan
penuh keikhlasan dan kerelaan.
- Isteri yang tidak meminta sesuatu yang suami tidak
mampu untuk menunaikannya
- Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang sama ada
menerima nikmat atau dugaan dari Allah.
- Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai
seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.
- Berdiam diri sambil
mendengar bila suaminya sedang bercakap.
- Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak
batiniah suami bila di perlukan
- Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan
suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suaminya.
- Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluannya suami
dari keperluannya sendiri
- Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap
suaminya.bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuataannya
- Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia
hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang