Amalan Sunat Sebelum Musafir

i.    Tujuan ia bermusafir adalah dengan niat yang baik bukan atas tujuan maksiat, ini semoga perjalannya itu sentiasa diberkati oleh Allah.

ii.   Menunaikan 2 rakaat solat sunat musafir sebelum berangkat

iii.  Memulakan musafit pada hari Khamis ataupun Isnin.  Elakkan dari bermusafir seorang diri, sunat membawa teman.

iv. Meminta kaun keluarga supaya mendoakan kita agar selamat dalam perjalanan.

v.  Membaca doa ketika hendak keluar dari rumah dan juga ketika menauki kenderaan.

vi. Jika jarak yang hendak dituju itu melebihi dua marhalah (60 batu/96.6km) maka kita disunatkan untuk menjamak dan mengqasarkan solat.

 

Solat Dalam Kenderaan

Seseorang yang sedang bermusafir dibolehkan menunaikan solat ditempat duduknya didalam kenderaan.  Ia dibolehkan juka didapati sukar untuk mencari tempat solat semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaikinya itu tidak berhenti.  Demikian juga jika kita sukar untuk mendapatkan air wuduk, kita boleh menunaikan solat tanpa wuduk tetapi solat itu hanya dikira sebagai menghormati waktu dan wajib diqada kemudiannya.  Jika ianya solat sunat tak perlulah diqada.  Solat dalam kenderaan juga boleh dijamak atau diqasarkan setelah cukup syarat-syaratnya.

 

Panduan Solat Dalam Kenderaan

i.          Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dalam kenderaan.

ii.         Mengadap ke arah kiblat dengan berpandukan pada kompas atau kaedah yang sesuai walaupun tidak semestinya tepat.  Memadai juga jika kita menyakini arah kiblat itu hanya pada awal solat saja ketika takbiratul ihram.

iii.        Niatkan solat yang hendak kita tunaikan itu ketika takbiratul ihram

iv.       Bacaan surah dalam solat adalah sama seperti solat biasa

v.        Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala serta badan dan kedua tangan diletakkan pada lutut.

vi.       Sujuk pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk.

vii.      Duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal seperti biasa dengan duduk di kerusi kenderaan.

viii.     Kita tidak perlu mengubah tempat duduk untuk membetulkan arah kiblat jika kenderaan yang kita naiki itu sering mengubah arah.