PETIKAN UNGKAPAN BERHIKMAH
Ungkapan berhikmah Dari Nabi Isa a.s.
Bermula hayat kita didunia ini hanya buat 3 hari iaitu,
Hari yang telah berlalu (semalam) maka tidak ada lagi kesempatan bagimu untuk mendapatkannya semula.
Pada esok harinya pula kamu tidak tahu sama ada kamu berpeluang untuk menikmatinya atau tidak.
Oleh itu hari yang mana kamu berada didalamnya maka manfaatkanlah ia dengan sebaik mungkin.
Bermula hayat kita di dunia ini hanya buat 3 saat iaitu,
Saat yang telah pun berlalu (semalam)
Saat yang kamu tidak tahu sama ada kamu berpeluang untuk menemuinya lagi atau tidak.
Oleh itu saat yang mana kamu berada di dalamnya maka hendaklah kamu pergunakannya dengan sebaik mungkin kerana kamu tidak memiliki masa kecuali satu saat sahaja sedang kematian pula dari saat ke saat semakin menghampiri diri kita.
Bermula hayat kita di dunia ini hanya buat 3 nafas iaitu,
Nafas yang telah pun berlalu dimana kamu berpeluang menyedut udara anugerah Allah.
Nafas untuk esok hari yang kamu masih tidak tahu sama ada kamu berpeluang untuk menyedutnya lagi atau tidak.
Nafas yang mana kamu sedang berada di dalamnya dan kamu tidak memiliki kecuali satu nafas itu sahaja serta tidak ada satu hari atau satu saat pun. Oleh kerana itu kamu mestilah segera memanfaat nafas yang satu ini sebelum ianya hilang. Bertaubatlah pada kesempatan yang kamu ada ini sebelum ajal datang menjemputmu. Amalan yang paling utama ialah dengan menjaga semua waktu sedang kita masih lagi bernafas dan sesungguhnya mereka-mereka yang mensia-siakan waktu sebenarnya telah merugikan umur mereka sendiri.
Ungkapan Berhikmah Dari Abu Bakar r.a.
"Sesungguhnya berdiri iblis di depanmu, jiwa berada di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia berada di belakangmu, semua anggota tubuh berada di sekitar dirimu, sedangkan Allah 'Azzawajalla berada di atasmu.
Maka menghasutlah iblis laknatullah kepadamu agar meninggalkan agamamu, jiwa mendorongmu ke arah maksiat, nafsu merontamu agar memenuhi tuntutan syahwat sedang dunia mengajakmu agar memilihnya dari akhirat, anggota tubuhmu meminta agar kamu melakukan sebanyak mungkin dosa dan Allah menghendaki kamu supaya memasuki syurga serta mendapatkan keampunanNya.
Sesiapa yang memenuhi pelawaan iblis maka hilanglah agama dari dirinya, sesiapa yang menuruti ajakan jiwanya maka hilanglah darinya nilai nyawanya, sesiapa yang mengikuti tuntutan nafsunya maka hilanglah akal dari dirinya, sesiapa yang memenuhi ajakan dunia maka tiadalah lagi akhirat untuknya, sesiapa yang menuruti ajakan anggota tubuhnya maka hilanglah syurga untuk dirinya tetapi sesiapa yang memenuhi pelawaan Allah 'Azzawajalla maka sesungguhnya akan hilanglah pada dirinya semua kejahatan serta ia akan memperolehi segala kebaikan."