HIKMAH BERSELAWAT
"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi s.a.w. (oleh kerana itu) wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu (meminta rahmat) untuk Nabi s.a.w. dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan terhadapnya”. (al Ahzab 56)
Bersumberkan dari At Taiyimi katanya, “Apabila mereka berselawat keatas Nabi s.a.w. maka para malaikat pun turut berselawat bersama mereka sehinggalah mereka selesai berselawat”.
Satu kali selawat Allah akan mengangkatkannya dengan 10 darjat.
Malaikat juga akan turut membaca selawat keatas orang yang membaca selawat untuk Rasullah s.a.w.
Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah Ta’ala tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat ianya akan tergantung diantara langit dan bumi.
Akan mendapat tempat yang dekat dengan Rasullah s.a.w. dihari kiamat nanti.
Akan mendapat syafaat dari Rasullah s.a.w. di hari kiamat nanti.
Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmatNya pada mereka yang berselawt untuk Nabi s.a.w.
Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmatNya pada mereka yang berselawt untuk Nabi s.a.w.
Dapat membersihkan hati, jiwa dan roh kotor yang berselaput didalam dada.
Dapat membuktikan kecintaan dan kasih saying kita terhadap Rasullah.
Mewariskan kecintaan Rasullah terhadap umatnya.
Akan terselamat dan terpelihara dari segala apa yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.
Dengan membaca selawat akan dapat mengingkatkan kembali apa-apa yang telah kita lupa.
Akan mendapat nur yang bersinar-sinar dihari bila kita berselawat 100 kali dengan bersungguh-sungguh.
Mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan seorang hamba bila kita berselawat sebanyak 10 kali.
Allah akan meluas dan melapangkan rezekinya dari sumber-sumber yang tidak diketahui.
Allah akan memberatkan timbangan amalnya pada neraca timbangan dihari kiamat nanti.
Mendapat keberkatan dari Allah bagi dirinya dan juga untuk keluarganya.
Mendapat rasa kasih sayang dari hati-hati orang mukmin terhadapnya.
Akan mendekatkan dirinya dengan Telaga Haudh (Telaga Rasullah s.a.w.) serta dapat pula meminumnya di hari kiamat nanti.
Dapat melepaskan diri seseorang itu dari tergelincir semasa melalui titian Sirat dan ia dengan selamat menuju ke syurga.