IBADAH PUASA

 

 Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan keatas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang yang bertakwa”.

 Bersabda Rasullah s.a.w. maksudnya, “Orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana didororong oleh rasa keimanan kepada Allah dan dengan penuh kesedaran, maka akan diampunkan oleh Allah akan dosa-dosanya yang telah lalu”.

 Pengertian Puasa

Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulaid ari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

 Rukun Puasa

i)                    Niat diwaktu malam harinya bahawa esok ia hendak mengerjakan puasa.

ii)                   Menahan diri dari makan dan minum, bersetubuh serta segala perbuatan yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

 Syarat Wajib Puasa

i)                    Islam

ii)                   Akil baligh.  Tidak wajib puasa keatas orang gila dan kanak-kanak yang belum baligh.

iii)                 Suci dari haid dan nifas.

iv)                 Tinggal tetap (tidak bermusafir).

v)                  Mampu untuk berpuasa (orang yang lemah atau sakit tidak wajib berpuasa)

 

Syarat Sah Puasa

 

i)                    Beragama Islam.  Orang kafir tidak sah puasanya.

ii)                   Suci dari haid dan nifas.

iii)                 Telah mumaiyiz bagi kanak-kanak (tahu membezakan yang mana baik dan buruk).

iv)                 Berpuasa pada waktunya. 

Sunat Puasa

i)                    Menyegerakan waktu berbuka.

ii)                   Berbuka dengan buah kurama atau air susu atau sesuatu yang manis.

iii)                 Melewatkan waktu amkan sahur.

iv)                 Menjauhi perbuatan yang tercela dan perkataan yang sia-sia seperti berdusta, bergaduh, mengumpat, membuat fitnah dan memperkatakan akan keaiban orang lain.

v)                  Mengerjakan solat terawikh secara berjemaah diwaktu malamnya (Ramadhan).

vi)                 Bertadarus (membaca) al-Quran pada tiap-tiap malam Ramadhan.

vii)               Membanyakkan berdoa, berzikir, bserselawat dan beristighfar diwaktumalamnya.

viii)              Ber’iktikaf dimasjid terutama pada malam 10 yagn akhir Ramadhan.

ix)                 Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.

x)                  Menyediakan makanan untuk orang-orang yang hendak berbuka berpuasa.

xi)                 Mengawal diri dari mengikut perasaan dan hawa nafsu.

 

Makruh Puasa

i)                    Berkumur atau menggosok gigi selepas gelincir matahari.

ii)                   Bercakap kosong dan sia-sia atau mengeluarkan perkataan yang kotor.

iii)                 Merasa makanan dengan lidah.

iv)                 Melihat pada gambar-gambar yang berunsur maksiat atau melihat pada pendedehan aurat.

v)                  Berbekam.

vi)                 Memakai bau-bauan atau mencium bauan.

vii)               Tidur sepanjang hari dengan tidak melakukan apa-apa kerjapun.

viii)              Berbuka dengan memakan terlalu kenyang.

 

Batal Puasa

i)                    Makan dan minum dengan sengaja.

ii)                   Bersetubuh dengan sengaja disiang hari.

iii)                 Muntah dengan sengaja seperti memasukkan jari kedalam mulut.

iv)                 Memasukakn sesuatu kedalam rongga seperti hiding, telinga dan sebaginya.

v)                  Bersalin.

vi)                 Hilang akal disebabkan gila atau mabuk dengan sengaja.

vii)               Kedatangan haid bagi perempuan.

viii)              Mengeluarkan mani dengan sengaja diwaktu siang hari tetapi jika bermimpi tidak batal puasanya.

ix)                 Murtad.

 

Perkara Yang Dibolehkan Ketika Berpuasa

 

i)                    Bercelak dan menitiskan air ubat kedalam mata.

ii)                   Bersuntik dibolehkan dalam bulan puasa dengan syarat benar-benar sakit dan puasanya itu dikira batal dan ia wajib mengqadanya semula.

iii)                 Menyelam didalam air asalkan dengan tidak keterlaluan yang boleh menyebabkan air masuk kedalam rongga-rongga badan.

iv)                 Mencium, memeluk atau memegang tangan isteri asalkan mampu mengawal keinginan syahwat.

 

Hari Yang Diharamkan Untuk Berpuasa.

 

i)                    Berpuasa pada hari raya Aidil Fitri (1hb Syawal)

ii)                   Berpuasa pada hari raya Aidil Adha (10 Zulhijjah).

iii)                 Berpuasa pada hari-hari tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 zulhijjah.

 

 

 Jenis-Jenis Puasa

i)                    Puasa Wajib

Puasa fardu atau puasa dibulan Ramadhan telah diwajibkan keatas setiap mukallaf yang berakhil baligh serta telah memenuhi syaratnya.  Bagi kanak-kanak yang belum akil baligh, mereka ini tidak diwajibkan lagi tetapi ibubapa haruslah melatih mereka untuk berpuasa sebagai latihan.  Sesiapa yang mengingkari akan kewajipan berpuasa ini maka mereka dihukum murtad.

ii)                   Puasa Sunat

Puasa sunat ialah puasa yang dikerjakan kerana semata-mata untuk mengharapkan akan keampunan, keredaan, balasan kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah.  Puasa sunat boleh dikerjakan pada bila-bila masa yang diingini jika seseorang itu merasa ia berkemampuan untuk melaksanakannya kecuali pada hari-hari yang telah diharmkan dan pada hari-hari yang makruh berpuasa.

                 Jenis-Jenis Puasa Sunat

                 a.       Puasa sunat dibulan Syawal.  Puasa dalam bulan ini tidak semestinya berturut-turut iaitu

                           selepas hari raya pertama, ianya boleh dikerjakan pada bila-bila masa asalkan masih dalam

                           bulan Syawal.

                b.        Puasa sunat dibulan Zulhijjah bermula pada tanggal 1hb hinggalah pada 8hb.

                c.        Puasa sunat pada tanggal 9 Zulhijjah (hari Arafah).

                d.        Puasa sunat Muharram bermula pada tanggal 1hb hinggalah pada 9hb (Sunat Tasua’).

                e.        Puasa sunat pada tanggal 10 Muharram (sunat ‘Asyura).

                f.        Puasa sunat dibulan Rejab (keseluruhan bulan Rejab).

                g.        Puasa sunat dibulan Syaaban (keseluruhan bulan Syaaban kecuali pada hari syak).

                h.        Puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.

                i.          Puasa sunat 3 hari pada tiap-tiap bulan Hikrah (Islam).

                j.        Puasa sunat pada setiap tanggal 13, 14 dan 15hb pada setiap bulan-bulan Hijrah (Islam)

                k.        Puasa sunat secara berselang-seli hari seperti semalam ia berpuasa dan hari ini ia berbuka

                            dan pada esok harinya ia berpuasa semula.

 

iii)                 Puasa Qada

                 Puasa qada ialah puasa yang wajib ditunaikan kerana bagi menggantikan puasa yang telah

                 ditinggalkan pada bulan Ramadhan dahulu diatas sesuatu sebab ataupun kelonggaran yang

                 diizinkan oleh syarak seperti sakit tenat, bermusafir, haid, nifas, bersalin dan sebagainya.

 

iv)            Puasa Kifarat

                Puasa kifarat wajib ditunaikan jika seseorang itu telah melakukan perbuatan-perbuatan seperti

                yang berikut:-

                a)    Bersetubuh dalam bulan Ramadhan pada waktu siang hari maka kifaratnya ialah berpuasa

                       selama 2 bulan berturut-turut.

                b)    Membunuh saudara seagama tanpa hak ataupun dengan senjaga maka kifartnya ialah berpuasa

                       selama 2 bulan berturut-turut.

                c)    Melanggar perintah ihram dengan melakukan sesuatu yang haram dilakukan dan tidak dapat

                       digantikan dengan menyembelih binatang.  Kifaratnya ialah berpuasa selama 3 hari di Tanah

                       suci dan 7 hari di negara sendiri.

                d)    Kifarat kerana mengziharkan isteri iaitu dengan berpuasa selama 2 bulan berturut-turut

 

Hikmah Puasa