PENGERTIAN BERSUCI

Firman Allah S.W.T maksudnya, sesunggunya Allah menyukai orang –orang yang bertaubat dan yang suka menyucikan diri(Al Baqarah22)

 Bersuci atau At Thaharah ialah suatu perkerjaan yang di lakukan bagi menghilangkan hadas atau najis yang ada di badan, pakaian atau tempat tinggal kita.  Ia mesti di bersihkan supaya kita boleh melakukan ibadah.  Dalam ajaran agama Islam bersuci adalah sesuatu yang wajib.  Sebahagian dari cara bersuci ialah berwuduk, mandi dan membersihkan najis dari badan.

 Jenis –Jenis Bersuci

i)                    Bersuci dari hadas kecil.  Apabila berada dalam keadaan bergini kita dilarang dari mengerjakan sembahyang dan menyentuh al Quran.  Cara untuk membersihkan ialah dengan memgambil wuduk ataupun bertayammun

ii)                   Bersuci dari hadas besar.  Mereka yang berjimak, haid dan nifas adalah termasuk dalam golongan ini.  Cara bersuci darinya ialah mandi junub.  Perkara yang di tegah dari melakukan seperti sembahyang, puasa, menunaikan haji, `iktikaf `didalam masjid menyentuh atau membaca alQuran.

iii)                 Beristinjak.  Ia bertujuan bagi menghilangkan najis yang keluar dari 2 saluran iaitu qubul dan dubur.

 ISTINJAK

Rukun Istinjak

i.                     Islam

ii.                   Menggunakan air, batu, kertas, daun dan benda-benda keras yang suci.

iii.                  Najis itu mestilah keluar dari qubul dan dubur.

  Sunat-Sunat Istinjak

      i.                     Haruslah dilakukan dengan bilangan yang ganjil seperti 3 x atau 5x atau 7x dan seterusnya.

ii.                   Menggunakan tangan kiri.

 Beristinjak Dengan Batu

Syarat-syarat menggunakan batu atau lain-lain benda yang keras ialah:-

i.                     Pastikan najis itu tidak mengalir.

ii.                   Pastikan najis masih belum kering.

iii.                  Pastikan tempat keluar najis itu tidak terhalang dari benda-benda lain

 Beristinjak Dengan Air

Perlakuannya adalah lebih kurang serupa dengan menggunakan batu.  Terlebih dahulu mestilah dibersihkan sehingga hilang 3 perkara iaitu baru, warna dan rasa.  Apabila selesai disunatkan membaca doa.

 BENDA-BENDA BERNAJIS

i.                     Semua jenis bangkai binatang darat dan laut yang berdarah melainkan mayat manusia.  Binatang darat dan laut yang tidak berdarah dianggap.

ii.                   Darah kecuali hati dan limpah

iii.                  Semua jenis benda yang keluar dari qubul dan dubur.

iv.                 Nanah kerana ia terhasil dari darah yang kotor

v.                   Arak dan semua minuman yang memabukkan

vi.                 Bahagian binatang yang di ambil dari badanya semasa ia masih hidup

 Jenis-Jenis Najis

i.                    Najis Mughallazah

            Iaitu anjing dan babi serta segala anggota tubuh badannya.  Cara menyucikan ialah dengan menyiram sekali air tanah atau air lumpuh dan 6 kali dengan air yang bersih.

 

ii.                  Najis Mukhaffafah

Ialah najis ringan seperti air kencing anak lelaki yang berumur 2 tahun kebawah dan hanya memakan susu ibunya sahaja.  Cara menyucikanya ialah memadai dengan memercikkan air keatas benda yang terkena najis itu kemudian lapkannya

 

iii.                Najis Mutawassitah

Ialah  najis pertengahan.  Najis ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu,

a)      Hikmiah adalah najis yang kita yakini adanya tetapi tidak nyata zatnya seperti air kencing yang sudah lama kering hinggakan sifatnya sudah hilang.  Najis ini dicuci dengan mengalirkan air keatasnya.

b)     ‘Ainah adalah najis yang masih ada zatnya.  Najis ini dicuci dengan menghilangkan dan membersihkan semua zatnya.

 JENIS-JENIS AIR

i.                     Air Mutlak

                   Sifatnya adalah suci lagi menyucikan.  Air ini boleh diminum dan sah untuk digunakan bagi                       menyucikan benda lain.  Contohnya air hujan, laut, perigi, air mata air, salji, sungai dan air

                   embun.

ii.                   Air Muqayyat

Sifatnya suci tetapi tidak boleh menyucikan.  Air ini tidak sah digunakan untuk menyucikan. Benda lain seperti air kopi, the, air buah-buahan dan sebagainya.

 

iii.                  Air Musyammas

Air ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:-

a.      Telah berubah salah satu sifatnya iaitu warna, bau dan rasa dengan najis.  Air ini tidak boleh digunakan lagi sama ada ianya banyak atau sedikit.

b.      Air bernajis tetapi tidak berubah sifatnya.  Air ini jika kurang dari 2 kolah tidak boleh digunakan lagi tetapi jika 2 kolah atau lebih maka hukumnya suci dan menyucikan.

 

iv.                 Air Musyammas

                  Ialah air yang terjumur ditengah pancaran matahari dalam bekas selain dari bekas emas dan perak.                    Ianya makruh digunakan untuk badan tetapi tidak untuk pakaian.

 

v.                   Air Mustaghmal

Ialah air yang telah digunakan untuk menyucikan benda lain dan sukatannya pula kurang dari 2 kolah.  Air ini tidak sah digunakan untuk bersuci walaupun tidak berubah sifatnya.