Rukun Wuduk - 6
Niat. Wajib ditasdikkan didalam hati bahawa kita hendak mengambil wuduk kerana Allah Ta'ala seperti "Sahaja aku mengangkat hadas kecil fardu atasku kerana Allah Ta'ala".
Membasuh muka. Mulai dari tempat tumbuhnya rambut sebelah atas hinggalah kebawah dagu termasuk antara dua telinga sebelah kanan dan kiri.
Membasuh kedua tangan. Dimulai dari hujung jari hinggalah kedua-dua mata siku.
Menyapu kepasa. Ulamak Syafie berpendapat yang perlu disapu hanyalah mana-mana bahagian diatas kepala.
Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali. Pastikan air mengenai pada celah-celah anak jari dan kuku.
Tertib. Mendahulukan yang dahulu.
Sunat-Sunat Wuduk
Menghadap ke kiblat.
Membaca Bismillah.
Berkumur-kumur dan menggosok gigi (bersiwak).
Mencuci kedua belah tangan dan pergelangan tangan serta menggosok celah-celah jari.
Memasukkan air kehidung dan mengeluarkannya semula.
Mendahulukan anggota kanan dari yang kiri
Menyapu seluruh kepala
Menyapu kedua belah telinga
Menggosok celah-celah janggut dengan anak jari.
Mengulangi basuhan sebanyak 3x
Menjimatkan penggunaan air.
Melebihkan sedikit pada setiap anggota basuhan
Menggosok-gosok pada setiap bahagian anggota wuduk.
Mengerak-gerakkan cincin
Berturut-turut
Membaca doa wuduk
Batal Wuduk - 5
Apa terkeluar sesuatu dari dua jalan sama ada melalui qubul atau dubur.
Tidur yang tidak tetap punggungnya, tetapi jika tidur dengan mengiring maka tidak batal wuduknya.
Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit
Bersentuh kulit lelaki dengan wanita yang bukan mahram tanpa alas
Tersentuh kemaluan hadapan atau sekitar kawasan punggung lelaki, wanita atau dirinya sendiri tanpa alas. Tetapi jika tersentuh dengan belakang tapak tangan maka hukumnya tidak batal.
Larangan Jika Tidak Berwuduk
Sembahyang
Tawaf di Kaabah
Menyentuh atau membawa al Quran tetapi jika terpaksa maka hukumnya harus. Bagi kanak-kanak yang sedang belajar al Quran maka mereka juga diharuskan.