Tayammum ertinya menyapukan debu tanah kemuda dan kedua belah tapak tangan hingga kesiku dengan beberapa syarat. Ianya adalah pengganti kepada wuduk atau mandi sebagai keringanan bagi orang yang tidak dapat menggunakan air kerana beberapa halangan.
Sebab Bertayammum
Uzur kerana sakit
Kerana dalam musafir
Kerana tiada air
Rukun Tayammum
Niat
Menyapu debu tanah kemuka
Menyapu debu tanah ketangan sampai kesiku
Tertib
Batal Tayammum
Ada air
Melakukan perkara-perkara yang membatalkan wuduk.
Syarat Sah Tayammum
Telah masuk waktu sembahyang. Tayammum hanya sah untuk satu sembahyang fardu dan beberapa sembahyang sunat sahaja.
Telah diusahakan mencari air tetapi tidak dapat
Menggunakan debu tanah yang bersih dan suci
Menghilangkan najis yang terdapat dibadan terlebih dahulu