Mandi junub, mandi janabah atau mandi hadas besar adalah sama pengertiannya. Hukum mandinya adalah wajib. Ini bagi membolehkan kita mengerja ibadah yang selama ini dilarang selagi belum mandi wajib.
Rukun Mandi Wajib - 2
Niat. "Sahaja aku mengangkat hadas besar fardu atas aku kerana Allah Ta'ala".
Meratakan air keseluruh badan dan menghilangkan segala sesuatu yang menghalang air dari sampai kekulit badan seperti lilin, minyak dan sebagainya.
Sebab-Sebab Mandi Wajib
Keluar air mani dengan sebab sengaja atau tidak sengaja (bermimpi)
Apabila selesai melakukan jimak
Selepas datang haid bagi wanita
Apa keluar darah nifas
Wiladah (bersalin)
Meninggal dunia kecuali mereka yang mati syahid.
Diharamkan ketika Junub
Solat fardu, sunat, sujud tilawah dan sujud sahwi
Menyentuh atau membaca al-Quran
Membaca al Quran walaupun sepotong ayat
Menurut Imam Syafie haram duduk didalam masjid (wanita dalam haid) kecuali sekadar untuk melintasinya itupun jika tiada jalan lain
Diharamkan Ketika Haid
Bersetubuh
Bercerai. Haram bagi suami menceraikan isterinya ketika haid
Mengerjakan solat fardu
Mengerjakan soplat sunat, puasa, menyentuh al Quran atau membacanya
Tawaf Di Kaabah