PETIKAN KATA-KATA BERIKTIBAR

 Tanda-tanda Taubat Diterima Allah

Seorang ahli hikmah pernah di tanya mengenai taubat, “Bagaimana kita hendak mengetahui taubat kita telah di terima atau tidak..?” maka jawabnya  “Ini adalah urusan Allah..kita tidak berupaya menentukannya ..tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanta iaitu..

i)                    Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila ia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

ii)                   Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang soleh dari mendekati mereka-mereka yang fasik

iii)                 Bila ia merasakan didalam dirinya telah hilang perasaan gembira sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

iv)                 Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikitpun ia tidak sibuk menguruskan rezekinya yang telah di jamin oleh Allah.

v)                  Sungguhnya sedikit rezeki yang ia dapat didunia ini namun ia tetap melihatnya banyak tetapi walapun banyak amal untuk akhirat yang telah di kerjakanya namun ianya tetap melihatnya sedikit.

vi)                 Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

 7  Kemungkinan Jika Anda Terlalu Bakhil

Petikan dari kata-kata Saiyidina Abu Bakar r.a yang bermaksud, “Orang-orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas salah satu dari 7 kemungkinan ini iaitu.

i)                    Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.

ii)                   Allah akan menimpakan keatasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir, tenggelam dalam tanah dan sebagainya

iii)                 Setelah ia meninggal kelak, hartanya akan di warisi oleh mereka-mereka yang akan mempergunakannya pada jalan maksiat dan kemungkaran.

iv)                 Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakitnya.

v)                  Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya lagi.

vi)                 Terlintas dalam fikiranya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak yang mengakibatkan hartanya sendiri musnah.

vii)               Allah s.w.t meninggikan syahwatnya sehingga ia sendiri yang akan memusnahkan hartanya.

Manusia Yang Dikutuk Oleh Allah dan RasulNya

Bersabda Rasullah s.a.w. maksudnya, “Enam jenis golongan manusia yang Aku kutuk dan Allah s.w.t. juga turut mengutuk dan pada hari kiamat kelak Allah tidak akan memandang mereka dengan pandangan kasihan, mereka itu ialah……

i)                    Orang yang menambah maksud tafsiran al-Quran (takwil yang menyimpang).

ii)                   Orang yang mendustakan kepada takdir Allah s.w.t.

iii)                 Orang yang berkuasa tetapi takbur, dia memuliakan orang yang dihinakan Allah sebaliknya menghina orang yang dimuliakan Allah.

iv)                 Orang yang menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah di Tanah Haram.

v)                  Orang-orang dari umatku yang menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah.

vi)                 Orang-orang dari umatku yang meninggalkan sunahku.

 Binatang Huraisy Memburu 5 Jenis Manusia

Diriwayatkan pada hari kiamat kelak akan keluar seekor binatang dari neraka yang bernama Huraisy.  Panjangnya ialah antara jarak langit dan bumi manakala lebarnya pula ialah antara timur ke barat.  Setelah ia keluar maka malaikat Jibrail a.s. pun bertanya, “Hai Huraisy! Kamu hendak kemana dan kamu mahu mencari siapa?” Jawab Huraisy, “Aku mencari 5 jenis orang iaitu……

i)                    Orang yang tidak mengerjakan solat.

ii)                   Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

iii)                 Orang yang menderhaka terhadap kedua orang tuanya.

iv)                 Orang yang suka meminum arak.

v)                  Orang yang suka bercakap didalam masjid mengenai hal-hal keduniaan.