|
Antara hayalan dan
kenyataan dua perkataan yang berbeza namun punya makna yang sama .kita sering
memimpikan sesuatu yang indah dan kadang –kala ianya menjadikan sesuatu
kenyataan dalam kehidupan kita .keindahan yang kita kita inginkan pasti
akan tercapai jika kita berusaha untuk mendapatkanya .apa juga cabaran dan
halangan yang mendatang kita
hadapinya dengan tabah kerana kesabaran kunci kearah kemenangan
tapi tak ramai diantara kita yang sabar dalam menghadapinya mudah merasa
kecewa dalam kehidupan seharian yang di lalui terasa diri tidak berdaya dalam
melaluinya..sikap berginilah yang membuatkan diri kita terus di landa seribu
masalah.. Kesilapan semalam biarkan berlalu jangan di kenangkan anggaplah segalanya pengajaran yang berguna untuk kita lalui agar lebih berhati-hati dalam melayari kehidupan ini.mungkin ini adalah ujian dariNYa untuk menguji sejauh mana kesabaran dan keimanan hati kita sebagai hambaNya .usah menoleh kebelakang lagi kita harus meneruskan kehidupan ini dengan semangat dan usaha untuk mencapai kejayaan dalam diri sekaligus dapat memperbaiki kelemahan dalam diri .apa yang kita lalui ini akan menjadikan diri kita bertambah matang dalam menghadapi apa juga cabaran yang bakal menduga . nukilan rasa ina kuala terengganu
|