MAKAN NAK SEDAP SAJA?

anatomi

Islam mengajar cara berhadapan dengan makanan.

1.Tujuan kita makan untuk

  • memberi kesihatan
  • dan tenaga

Agar dapat melakukan ibadat dan amal kebajikkan dengan selesa.

2.Islam yang diajar kepada kita melalui wahyu dan Nabi Mohammaed telah menerangkan

  • Makanlah benda-benda yang baik serta dihalalkan samada berkaitan dengan sumber mendapatkanya dan juga kaedah pemprosesanya.
  • Hanya perlu makan bila kita terasa lapar dan amat baik berhenti bila saya kita sudah merasakan mulai kenyang.
  • Ketika makan perlulah mempunyai adap dan sopan santun terhadapnya.

3.Ilmu pengetahuan yang datang dari Allah yang dicapai oleh manusia terbukti menerangkan

  • Makanan mengandungi serbamacam nutrien yang berfungsi untuk membekalkan tenaga untuk melaksanakan semua kerja elektrikal saraf, mekanikal otot, pengekalan haba badan selain dari menyempurnakan keseimbangan dan serba tindakan kimia tubuh badan.
  • Kekurangan dan berlebihan pengambilannya akan mendatangkan keburukan untuk kesihatan tubuh.Pengambilan makanan harus mengikut sajian seimbang yang diukur melalui cukup kumpulan makananya dan nisbah kuantiti yang diperlukan sahaja oleh setiap individu setiap hari.
  • Makanan yang tercemar dan tidak diambil perhatian mengenai kebersihanya serta kesilapan dalam memprosesnya boleh mendatangkan bahaya.Setengah pencemaran menyebabkan kesan mutasi kepada sel dan punca kepada penyakit kanser.

4.AWAS

  • makanan adalah keperluan tetapi boleh merosakan tubuh badan dan Amalan.
  • Ia boleh merugikan didunia dan di akhirat jika tidak berhati-hati di jalan raya hehe.
Q Al-A'raaf:31 - Hai anak-anak Adam, pakailah perhiasanmu ketika tiap-tiap sembahyang.Makanlah dan minumlah, tetapi jangan berlebih-lebihan.Sesungguhnya Allah tiada mengasihi orang-orang berlebih-lebihan/melampaui batas.

aku bakuya haja

kurangkan

gula !

lemak !

garam !

banyakkan

buah !

sayur !

elakkan

yang haram!!!