ANAK MENGAJAR BAPAK

 

Diriwayatkan semasa Abu Yazid Taiful b.Isa surusyan Al Bustami (Beliau adalah seoarang sufi di lahirkan di bahagian Timur Laut Parsi.  Beliau wafat di kota kelahairannya pada tahun 264 H bersamaan 877M) masih  kanak-kanak dan pada suatu malam bila ia terkejut dari tidurnya, ia melihat ayahnya sedang mengerjakan solat.  Bertanya ia kepada ayahnya, “Bagaimana cara untuk mengambil wuduk, tunjukilah aku, aku ingin solat bersama ayah.”Jawap ayahnya,wahai anaku! Engkau masih kecil lebih baik engkau pergi masuk tidur dahhulu” baiklah ayah! Tetapi di hari kiamat kelak ayah pasti tidak akan terlepas dari keputusan Tuhan” “ keputusan apa.?” Tanya ayahnya terpinga-pinga.  Balas anaknya, Saya akan mengadu pada Tuhan, wahai Tuhanku! Aku meminta ayahku mengajari aku mengambil wuduk tetapi ia sebaliknya menyuruh aku agar menyambung tidur kembali kerana menyangkakan aku ini masih terlalu kecil lagi”  “ Jangan nak, Demi Allah aku akan mengajar kamu cara berwuduk dan selepas itu kita akan menunaikan solat sunat bersama-sama” pintas ayahnya.