SYAFAAT UNTUK KEDUA IBU BAPA

 

 

Abi Qalabah r.a. menceritakan tentang mimpinya yang pada suatu malam ia melihat satu kawasan kubur telah terbongkar lalu keluarlah mayat-mayatnya.Pada setiap mayat terdapat cahaya nur di wajah masing-masing kecuali satu mayat dari jiran tetangganya bertanya Abi Qalabah, “ Kenapa dengan wajahmu?”Jawap mayat itu , “Cahaya nur yang terdapat pada wajah mayat-mayat itu ialah kerana mereka memiliki anak yang soleh dan tidak lupa mendoakan kesejahteraan buat ibu bapa mereka serta sentiasa melakukan amal jariah.

 

Aku ada seorang anak tetapi tidak pernah sekalipun ia mendoakan untukku dan tidak pernah melakukan amal soleh buatku.  Aku amat sedih dalam hal ini dan terasa amat malu dengan jiran-jiranku disini.  Bila tersedar dari mimpi Abi Qalabah segera memanggil anak lelaki ini dan menceritakan segala mimpinya itu.  Anak lelaki ini mengakui akan kebenaran mimpi itu dan mula menyedari akan kesilapan serta kelalaiannya yang telah ia lakukan selama ini.

 

Lalu didepan Abi Qalabah jua ia melafazkan taubatnya dan menginsafi perbuatan lama serta berjanji akan melakukan amal soleh dan amal jariah buat ayahnya.  Setelah sekian lama masa berlalu, Abi Qalabah bermimpi lagi dengan mimpi yang sama.  Tetapi kali ini ia melihat pada wajah mayat lelaki itu telah berubah, terdapat cahaya nur pada wajahnya malah lebih terang dari mayat-mayat lain.  Kata lelaki ini, “Wahai Abi Qalabah! Aku patut berterima kasih padamu dan semoga Allah sahajalah yang dapat membalas kebaikanmu.  Nasihatmu itu telah mententeramkan a