NIKMAT DAN AZAB SETEGUK AIR
Ulamak sufi Syaqiq Al Balkhi pernah bertanya kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid yang memimpin Daulah Bani Abbasiah, katanya "Wahai khalifah! Sekiranya tuan hamba sedang berada di tengah padang pasir yang luas terbentang dengan kepanasan yang membakar kulit serta merasa kehausan yang amat sangat. Jika tuan tidak mendapat minuman sudah semestinya akan membawa kepada kebinasaan. Tiba-tiba datang seseorang yang menawarkan seteguh air, berapakah tuan sanggup bayar untuk ait itu?". Apa saja yang dikehendaki olehnya, aku akan bayar", jawab Khalifah Harun.
"Jika orang itu meminta separuh dari kerajaanmu, bagaimana?", Aku akan penuhi permintaannya itu", jawab Khalifah. "Baiklah, sekarang khalifah telah selamat dari maut kerana mendapat seteguh air. Seandainya air yang khalifah minum itu tiba-tiba tidak boleh keluar (buang air kecil) dan jika dibiarkan akan menyebabkan penyakit yang membawa kepada maut. Lalu datang seorang pakar sanggup mengubatinya tetapi ia juga meminta bayaran yang sangat tinggi seperti separuh dari kerajaanmu yang masih ada, adakah khalifah akan setuju?" soal Syaqiq.
Jawab Khalifah, "Tentu aku setuju". Kata Syaqiq, "Sekarang khalifah telah tahu nilai kerajaan yang khalifah tadbir sekarang ini hanya boleh dibeli dengan seteguk air, jadi kenapa kita mesti bermegah dengan kemewahan serta kekayaan yang kita miliki, sedangkan pada sisi Allah ia tidak memberi apa-apa makna pun. Bukankah besar dan mahalnya nikmat kesihatan yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap makhlukNya, oleh itu jadilah kita seorang hamba yang bersyukur".