KENAPA ARAK DIHARAMKAN ..?

Arak adalah sejenis minuman kegemaran Arab jahiliyah malahan sesudah kedatangan Islam pun para sahabat Rasulullah masih lagi meminumnya kerana ketika itu larangan meminumnya belum lagi berkuatkuasa.  Arak di jadikan sebagai minuman utama dalam sesuatu majlis serta di terima sebagai suatu adat kebiasaan dalam kehidupan.  Rasulullah sendiri telah menyedari akan kemudaratan akibat mminum arak, kerana ia boleh menghilangkan pertimbangan akal yang baik serta membuat peminumnya tanpa segan silu untuk melakukan perbuatan mungkar dan maksiat terhadap Allah.  Dalam satu kejadian seorang sahabat Rasulullah bernama Abdul Rahman b. Auf telah mengadakan keramaian di rumahnya dan di antara tertamu termasuklah saiydina Ali r.a.

Semua tetamunya di hidangkan dengan arak dan akibatnya mereka telah menjadi mabuk dan apabila masuk waktu Maghrib, Saiyidina Ali mengimani solat mereka semua dengan membaca sepotong ayat dari surah Al Kaafirun.  Beliau telah mengubah maksud ayat itu menjadi "Aku sembah seperti apa yang kamu sembah ,wahai orang-orang kafir.  Dalam peristiwa yang lain seorang lelaki Ansar bernama Utban b. Malik telah mengadakan jamuan di rumahnya dan tertamunya termasuklah seorang Muhajirin iaitu Saad b.Abi Waqas.  Dalam majils ini mereka telah di hidangkan dengan arak maka mereka pun menjadi mabuk.  Dalam keadaan mabuk lalu bangun Saad b.Abi Waqas untuk bersyair memuji kaumnya yang gagah berani sambil menghina dan mencaci kaum Ansar yang di katakannya sebagai penakut

Mendengar cacian ini seorang lelaki Ansar terus memukulnya sehingga berdarah.  Selepas kejadian ini wahyu pun di turunkan iaitu pada surah Al maaidah maksudnya, "Sesungguhnya syaitan mahu menimbulkan permusuhan dan perasaan saling benci-membenci di antara kamu dengan sebab meminum arak dan permainan judi serta memalingkan kamu dari terus mengingati Allah dan mengerjakan sembahyang, maka mahukan  kamu berhenti dari melakukan perbuatan yang keji dan kotor itu.?" Semenjak  persitiwa itu arak telah di haramkan secara muktamad oleh Allah sehingga kini.