KITA BERTELANJANG DIHARI KIAMAT?
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Pada hari kiamat kelak semua manusia akan di bangkitkan dalam keadaan tidak berpakian (bertelanjang) sebagaimana mereka di lahirkan oleh ibu mereka semasa bayi dahulu". Lalu segera di tanya oleh Siti Aisyah, "Adakah antara lelaki dan perempuan akan berkumpul sekali ya Rasulullah?", Jawap Rasulullah,"Ya" Balas Aisyah lagi, "Alangkah malunya aku nanti di waktu itu kerana kemaluanku dapat di lihat oleh orang ramai."
Sambil tersenyum dan menepuk bahu Siti Aisyah "Wahai puteri Abu Quhafah! kesesakan dan kesibukan kita pada hari itu di hadapan Tuhan tidak akan mengizinkan kita untuk melihat semua ini. Pada masa ini semua orang akan menghalakan pandangan mereka ke atas dan mereka akan berdiri selama 40 tahun. Mereka juga tidak akan makan dan minum. Diantara mereka ada yang berpeluh sampai ketumis, kebetis, ke mulut, kepusat, kedada dan mulut kerana terlalu lamanya mengunggu serta mengikut kadar amalan masing-masing. Dalam waktu itu para malaikat akan mengelilingi Arasy dan bersedia untuk menarik sesiapa yang terdahulu di panggil Tuhan untuk di buat penghisaban ke atas amalanya semasa di dunia dahulu."
Bila berada di hadapan Allah lalu di panggil orang-orang yang pernah dianiayanya dahulu untuk di berikan pahala kebajikanya kepada orang tersebut. Pada waktu itu tiada lagi pembayaran melalui wang tunai atau emas atau perak, melainkan amalan sahaja yang menjadi gadaiannya. Demikianlah Allah itu amat segera pembalasannya