TEMBERANG AHLI NUJUM

Dalam kesibukan Saiyidina Ali b. Abu Thalib r.a. membuat persiapan peperangan bersama para sahabatnya untuk berangkat ke Nahrawan untuk memerangi pihak musuh disana tiba-tiba ia didatangi oleh seorang ahli nujum dan memberikan nasihat kepadanya.  Katanya, "Wahai Amirul Mukminin! Aku syorkan agar engkau bertolak dari sekarang, janganlah engkau melengahkannya lagi".  "Mengapa" tanya Ali.  Jawabnya, "Pada perkiraan hamba, jika khalifah bertolak dalam waktu yang lewat sesuatu yang buruk akan menimpa khalifah dan juga tentera ini".  Soal Ali r.a. "Kuda yang disebelah aku ini sedang mengandung, bolehkah kamu tentukan jantinanya?".

"Aku tahu tapi dengan hanya mengak-agak saja".  Jawanya, "Engkau pendusta! Dengar sini wahai umatku, jika ada orang yang membenarkan ramalan ahli nujum, bererti ia telah mendustakan al-Quran.  Jangan sesekali kamu percayakan mereka, kerana ia hanya dusta dan mengikut prasangka semata.  Tidak ada siapa yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah Ta'ala".  Balas Saiyidina Ali.  "Kami akan lakukan yang berlawanan dengan nasihat kamu dan kami akan berangkat pada waktu yang engkau larang itu".  Kata Ali r.a.  Ternyata dalam peperangan ini Khalifah Ali telah mendapat kemenangan yang besar.