APA YANG MENCANTIKKAN WAJAH..?

 

  

Al Ahnaf b. Qais tergolong dalam golongan ulamak yang terkenal  di zaman hidupnya.  Pada suatu hari datang seorang pemuda dari suku  Tai'yi berkunjung ke rumahnya.  Rumah Al Ahnaf memang sentiasa di kunjungi oleh anak-anak murid dan sahabat handainya.  Mereka yang datang itu adalah untuk berguru dan menuntut ilmu dari beliau.  Walaubagaimanapun kedatangan pemuda dari suku Tai'yi ini amatlah menarik perhatian Al Ahnaf.  Ahnaf mendapati pemuda ini sangat segak dan tanpan berbeza dari pemuda yang sebaya dengannya . Lalu Ahnaf pun bertanya “Wahai anak muda! Adakah kamu menghiasi wajahmu dengan sesuatu ..?” Jawap pemuda , “Memang benar, saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu iaitu jika bercakap saya tidak pernah berbohong.kalau ada orang yang sedang bercakap saya hanya duduk diam dan mendengar jika saya berjanji, akan saya tepati janji itu dan jika saya diberikan sesuatu saya amanah, saya tidak mengkhianatinya. Mendengar jawapan yang bernas itu maka berkatalah Ahnaf, “Benar akan kata-katamu itu wahai anak muda, sungguh engkau telah menghiasi dirimu dengan akhlak mulia”