Lelah & Anda


Penyakit Lelah memang sukar untuk disembuhkan dengan serta merta.  Ubat moden hanya boleh menyembuhkan buat sementara waktu ataupun untuk menahan serangannya sahaja.  Bagaimanapun, petua tradisional boleh membantu anda mengatasi masalah ini.

Sediakan halia, cekur, asam jawa dan temulawak dengan secukupnya.  Rebus kesemua bahan-bahan ini dan sejukkan.  Buatlah air rebusan ini sebagai air minuman anda.  Hasilnya anda akan merasakan nafas anda ringan dan lancar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Khasiat Buah Mengkudu

Meskipun buah mengkudu berbau agak tengit, namun ia  berkemampuan mengembalikan seri pakaian putih.  Ia juga mampu memulihkan kembali pakaian dari ditumbuhi cendawan.

Caranya rendamkan bersama-sama buah mengkudu, pakaian dan serbuk pencuci didalam sebuah bekas.  Ramaskannya sehingga berbuih dan biarkan semalaman.  Keesokkan harinya, basuhlah seperti biasa.  Hasilnya pasti memeranjatkan anda kerana pakaian anda lebih bersih dan putih berbanding dengan      serbuk pencuci biasa