Ku lihat matahari
Yang tadinya cerah
Lalu bertukar warna
Seperti…
Buah pinang masak
Tiada lagi ku dengari
Kicauan burung-burung
Yang riang
Melagukan pulang semula
Ke sarang
Langit pun kelabu
Senja..
Pelahan-lahan menampakkan
Diri
Memberi laluan
Kepada malam yang bakal
Menjelma
Tak lama lagi
Kehidupan
Umpama sebuah bahtera
Yang membawa bekalan
Menuju ke pelabuhan
Dan
Sudah menjadi ketatapan Tuhan
Bahawa usia manusia
Bermula dengan
Kelahiran
Kemudian
Berakhir dengan
Kematian..
Ina
Kuala terengganu
|