Ketika aku mencari sebuah
Kebenaran
Tidak bermimpi mahu mencetuskan
Igauan dalam kepasrahan
Bersama gurauan rindunya
Ketika aku mencari sebuah
Kebenaran
Tidak bermimpi mahu mewartakan
Janji
Dari kadang kata
Lantaran
Menghitung kebencian
Pada impian
Tanpa terlerai
Ketika aku mencari sebuah
Kebenaran
Tidak bermimpi mahu menbakar
Tisu-tisu harapan
Yang akhirnya hangus kekecewaan
Di jilat keangkuhan

Ina
Kuala terengganu