REJAB
Bersabda Rasullah s.a.w. maksudnya "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata kerana mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasullah s.a.w. maksudnya.....
Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredaan Allah.
Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan oleh Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang merbahaya dan diselamatkan dari disiksa di akhirat kelak serta dari fitnah dajjal.
Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahanam baginya.
Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibukankan oleh Allah 8 pintu syurga untuknya.
Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka Allah akan memperkenankan semua permintaan dan hajatnya.
Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu disamping akan digantikan segala amal kejahatannya dengan amal kebaikan.
Sesiapa yang berpuasa lebih dari 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalnya dengan berlipat kali ganda lagi.
Orang yang berpuasa dalam bulan Rejab di Syurga kelak akan diberi minum dari air sungai yang bernama Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.
Dalam bulan yang lain setiap amalan kebaikan Allah akan membalas dengan 10 kebajikan tetapi dalam bulan Rejab Allah akan membalas setiap amalan kebaikan dengan 70 kebajikan.
Digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan doa, zikir, istighfar serta mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan ini seperti Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w.