RAMADHAN

 

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w.  Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiga bulan Ramadhan maka akan dibukan pintu-pintu Syurga dan ditutupkan pintu-pintu Neraka lalu diikatkan semua syaitan."  Sabda baginda dalam hadis yang lain, "Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada didalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan."

 

  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.

  2. Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu.

  3. Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari siksa api neraka.

  4. Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat-solat sunat yang lain.

  5. Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al-Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.

  6. Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada didalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.

  7. Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

  8. Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam 'Lailatul Qadar' seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

  9. Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.

KEMBALI KE AMALAN SUAT DALAM BULAN-BULAN ISLAM